Monday, September 29, 2014

Sakit : Penghapus Dosa Kecil

Assalamualaikum WBT.  Setiap dari kita tentunya pernah merasai sakit. Demam, selsema, luka mahupun apa sahaja ianya pasti pernah kita rasai. Seingat Abah, guru-guru Abah pernah berpesan yang jika kita ditimpa penyakit atau musibah, itu adalah tanda yang Allah SWT ingin menguji kita danmmungkin juga sebagai penghapus dosa-dosa kita yang kecil yang kita tak perasan kita pernah lakukan.


Dosa-dosa ini adalah tidak termasuk dosa-dosa besar iaitu termasuklah menyekutukan Allah SWT dan lain-lain dan juga dosa yang kita lakukan terhadap sesama manusia yang mana hanya manusia yang telah kita aniayai atau sakiti sahaja yang boleh memaafkan dosa kita tersebut.

Jangan pernah kita pandang remeh tentang perkara ini kerana seperti yang Abah dah sebut tadi, Allah SWT ingin menguji kita seperti tahap kesabaran kita dan lain-lain. Selain itu, ini juga membuktikan yang Allah SWT tidak pernah melupakan kita. Mungkin ada hikmah yang Allah SWT nak beri kepada kita disebalik penyakit yang kita alami.

Pegangan yang paling kuat Abah tanamkan dalam sanubari ini adalah Abah pernah melakukan dosa samaada secara sedar mahupun tidak dan sakit yang dialami ini adalah sebagai satu tanda ingatan untuk kita berhenti sebentar untuk muhasabah kembali diri ini akan apa yang telah kita lakukan.

Abah sentiasa bersyukur dan berharap yang Allah SWT akan sentiasa menguji Abah dengan ujian-ujian yang tidak berat kerana In Shaa Allah ingat akan hambaNya. Sekian dulu dari Abah untuk hari ini. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei ( Beramal )...Bukan Sekadar Blog Rider...

No comments:

Post a Comment