Sunday, February 8, 2015

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA KEMBALI!


Assalamualaikum WBT, syukur alhamdulillah kita panjatkan kepada Allah SWT di atas segala kurniaannya yang dapat kita nikmati ketika ini. Seingat abah ini adalah pertama kali abah post semula setelah kali terakhir pada bulan oktober tahun lepas. Sudah hampir 4 bulan abah tidak membebel.

Apapun, kali ini abah nak promosi buat anda semua yang mana promosi ini dibuat dengan hati yang ikhlas agar kita dapat bersama-sama meningkatkan taraf pendidikan kita bersama MARA. 


Majlis Amanah Rakyat adalah nama yang tidak asing lagi sebagai peneraju utama pendidikan negara kita terutamanya buat bumiputera. Jasa MARA sememangnya terlalu banyak dan tidak dapat dinafikan terbukti telah melahirkan ramai bumiputera-bumiputera bertaraf dunia. Sesuai dengan salah satu dari objektif MARA iaitu untuk melahirkan modal insan yang kompetetif dan global. Bersempena dengan ini, MARA ingin mengajak anda untuk turut serta berjaya bersama di dalam pendidikan MARA dengan mengadakan KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2015.


Segala maklumat mengenai tempat dan masa ada di dalam iklan yang abah tampal kat dalam blog abah ini. Terdapat pelbagai informasi dan aktiviti yang akan berlangsung di mana kita semua pasti tidak akan pulang dengan minda yang kosong.


Antara tuntutan di dalam agama kita ialah supaya mengkehendaki kita untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahat. Dengan ilmu, kita pasti akan berjaya. Huhu. Dah lama dah abah nak tulis ayat ini..
Ride tu Ride Jugak..Jangan Lupa Beramei...

Monday, October 6, 2014

Tips Untuk Tangani Monday Blues

Assalamualaikum WBT, tentu kita semua biasa menghadapi apa yang biasanya dipanggil monday blues walaupun hari tersebut bukan hari isnin asalkan ianya adalah hari pertama berkerja di dalam minggu tersebut. Perkara ini juga terjadi kepada pelajar-pelajar yang ingin memulakan persekolahan pada hari pertama setelah berehat dihujung minggu. Fenomena atau tabiat ini berlaku adalah disebabkan kita telah melalui atau memenuhi masa lebih kurang 2 hari kita iaitu dengan berehat atau melakukan kerja-kerja selain dari kerja-kerja rutin yang biasa kita lakukan pada hari isnin hingga jumaat.



Kalau nak dinasihatkan secara profesional, kata mudahnya adalah "jangan nak mengada-ngada, pergi bersiap dan bekerja". Biar Abah beri tips secara santai dan mampu dilakukan oleh semua orang.


  1. TERUSKAN RUTIN ISNIN HINGGA JUMAAT ANDA PADA HUJUNG MINGGU
    Jika anda bangun jam 5.30 pagi pada hari isnin hingga jumaat, teruskan bangun pada waktu tersebut pada hari hujung minggu anda. Ingat! Rezeki akan datang lambat pada kita kalau bangun lambat. Lagi banyak ibadah selepas Subuh yang boleh kita buat sebab pada hari biasa kita akan sibuk bersiap untuk ke tempat kerja.
  2. LAKUKAN SENAMAN RINGKAS DI TEMPAT KERJA
    Ambil sedikit masa apabila tiba di tempat kerja anda untuk lakukan sedikit regangan dan senaman untuk membetulkan urat-urat anda. Dari segi Islam dan Sains, urat atau saluran darah ini mengalirkan darah yang juga membawa oksigen keseluruh badan kita. Pengagihan oksigen yang sekata keseluruh badan akan dapat mengelakkan kelesuan dan keletihan di samping dapat meningkatkan kesegaran badan.
  3. AMBIL SARAPAN YANG SIHAT DAN SEGAR
    Untuk hari pertama ini, cuma ambil sarapan yang kurang berminyak dan pedas. Paling ringkas pun bolehlah beri roti gardenia 70 sen pelbagai perisa tu dan minum air suam atau air kosong. Jangan tinggalkan sarapan pagi anda, sarapan penting untuk tenaga bagi hari tersebut.
  4. SOLAT DHUHA
    Lebih kurang antara jam 9.30 hingga 10 pagi, ambil sedikit masa anda untuk ambil air wuduk yang sempurna dan tunaikan solat dhuha 2 rakaat. Waktu ini anda akan dapat rasa lebih segar lagi berbanding awal pagi tadi. Jika anda ada lagi masa terluang, sambung pula dengan baca Al-Quran.
  5. JANGAN MAKAN BANYAK
    Bila dah tiba waktu makan tengahari, sekali lagi cuba elakkan makanan yang berminyak dan pedas dan yang paling penting adalah jangan ambil di dalam kuantiti yang banyak.
In Shaa Allah, Abah harap tips-tips ini akan sedikit sebanyak dapat membantu kta untuk menjadi Umat Islam yang berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Jom kongsi ramai-ramai. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Wednesday, October 1, 2014

Google Street View Malaysia : Fenomena Minggu Ini

Assalamualaikum WBT. Fenomena yang akan menjadi viral pada minggu ini di Malaysia adalah semestinya Google Street View Malaysia. Talian Internet dekat pejabat korang sekarang ini mesti tengah slow disebabkan semua orang ingin akses ke Google Street View Malaysia. Pernah perasan tak kereta kat bawah tu lalu di kawasan anda. itu maknanya kawasan anda telah dirakam untuk dipaparkan di dalam fungsi google maps iaitu google streets view Malaysia.

Sebenarnya Malaysia agak lambat sedikit berbanding negara jiran seperti Indonesia yang telah terlebih dahulu ada fungsi ini untuk melihat gambaran sebenar tempat yang kita lawati  menggunakan google maps. Ada juga sesetengah kawasan yang membolehkan sehingga kita nampak gambaran sehingga masuk ke dalam kedai atau premis. Seronokkan?


Apa yang bestnya kalau dari pandangan masyarakat Malaysia yang tipikal ini? Sebenarnya, apa yang Abah perhatikan adalah korang semua mesti akan pertama sekali adalah ingin melihat gambar rakaman rumah sendiri. Diikuti pula dengan rumah kita di kampung dan juga kawasan-kawasan yang pernah kita lawati. Bila dah bosan, korang mesti akan perasan akan rakaman gambar-gambar tersebut yang juga merakam aksi-aksi spontan rakyat Malaysia ketika ianya dirakam.


Antara contohnya adalah gambar motor yang penuh dengan buah durian, budak tengah tunggu bapaknya ambil pulang dari sekolah, sehinggakan gambar orang tengah mandi di sungai pun ada. Korang explore la sendiri ek. Cara yang paling mudah untuk akses adalah menggunakan link : www.instantstreetview.com atau buka maps.google.com.my dan cari ikon seperti di atas, drag dan letakkan di atas peta di mana kita nak explore.



Apappun yang kita buat, jangan lakukan secara berlebihan sehingga membuang masa dan lupa akan masa kita untuk Allah SWT. Sentiasa pertingkatkan amalan, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Monday, September 29, 2014

Sakit : Penghapus Dosa Kecil

Assalamualaikum WBT.  Setiap dari kita tentunya pernah merasai sakit. Demam, selsema, luka mahupun apa sahaja ianya pasti pernah kita rasai. Seingat Abah, guru-guru Abah pernah berpesan yang jika kita ditimpa penyakit atau musibah, itu adalah tanda yang Allah SWT ingin menguji kita danmmungkin juga sebagai penghapus dosa-dosa kita yang kecil yang kita tak perasan kita pernah lakukan.


Dosa-dosa ini adalah tidak termasuk dosa-dosa besar iaitu termasuklah menyekutukan Allah SWT dan lain-lain dan juga dosa yang kita lakukan terhadap sesama manusia yang mana hanya manusia yang telah kita aniayai atau sakiti sahaja yang boleh memaafkan dosa kita tersebut.

Jangan pernah kita pandang remeh tentang perkara ini kerana seperti yang Abah dah sebut tadi, Allah SWT ingin menguji kita seperti tahap kesabaran kita dan lain-lain. Selain itu, ini juga membuktikan yang Allah SWT tidak pernah melupakan kita. Mungkin ada hikmah yang Allah SWT nak beri kepada kita disebalik penyakit yang kita alami.

Pegangan yang paling kuat Abah tanamkan dalam sanubari ini adalah Abah pernah melakukan dosa samaada secara sedar mahupun tidak dan sakit yang dialami ini adalah sebagai satu tanda ingatan untuk kita berhenti sebentar untuk muhasabah kembali diri ini akan apa yang telah kita lakukan.

Abah sentiasa bersyukur dan berharap yang Allah SWT akan sentiasa menguji Abah dengan ujian-ujian yang tidak berat kerana In Shaa Allah ingat akan hambaNya. Sekian dulu dari Abah untuk hari ini. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei ( Beramal )...Bukan Sekadar Blog Rider...

Saturday, September 27, 2014

Hari Keluarga 2014 : Family Day 2014

Assalamualaikum WBT, setelah sehari berlalu baru Abah boleh throwback balik event hari keluarga 2014 semalam. Dengan kepenatan yang melanda akibat dari aktiviti semalam, hari ini Abah rehat di rumah jer.


Bermula dari hari jumaat lagi, sebagai AJK persiapan tempat. Abah bersama AJK2 lain pergi ke lokasi untuk membawa segala peralatan keperluan dan hadiah-hadiah untuk disimpan kerana event bermula pada pagi sabtu.


Barang-barang dah habis di load kan kat dalamm bilik AJK dan memerlukan orang untuk menjaganya. Terpaksalah Abah volunteer untuk stay pada malam tu khas untuk jaga barang kat dalam bilik. Kesian kat BabyZ sebab kena tidur kat dalam hutan malam tu. Nasib baik ada bumbung, taklah berembun.


Nasib baik berteman.



Inilah barang-barang dan hadiah-hadiah yang Abah perlu jaga pada malam itu. Helmet dan jaket tu sekadar perhiasan sahaja dan bukanlah sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah family day kali ini.


Berakhir kisah bermalan di Nur Laman Bestari Ulu Yam. Sebaik sahaja selesai subuh, Abah kejut BabyZ dan kitaorang bergerak balik ke rumah di dalam kesejukan gerimis di subuh hari. Bila dah bersiap, Abah dan family bergerak semula ke Nur Laman Bestari untuk join Family Day.



Nampak tak Abah bersama seorang lagi pemilik BabyZ berwarna putih bertugas menjadi MC. Untuk acara-acara santai macam ni boleh la. Tapi kalau untuk event-event rasmi rasanya tak boleh kut.



Apapun, semua orang enjoy. Bermula dengan acara senamrobik seisi keluarga sehinggalah ke aktiviti sukaneka. Semua ahli keluarga turut serta dan memeriahkan suasana.



Nampak tak anak Abah senamrobik tu.


Acara wajib family day, music chair.



Acara hari keluarga ini diakhiri dengan sesi fotografi seluruh staf dan juga bersama seluruh ahli keluarga. Kemudiannya  jamuan makan tengahari yang disajikan bersama kambing panggang. Resepi yang dah tak berapa rahsia daripada bos. Memang sedap dan sempoi.

Tak kira di mana tempat kita buat family day ni, kalau pengisiannya menarik mesti semua orang akan pulang dengan kenangan manis. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini dan semoga tahun depan akan ada yang lagi best. Sepanjang 13 tahun Abah menyertai family day ini, sememangnya Abah la orang yang paling tidak bertuah bila tiba waktu hadiah cabutan. Selalunya takkan dapat apa-apa dan kalau hadiahnya disediakan untuk semua orang sekalipun macam hariini, nama Abah dicabut pada cabutan yang terakhir sekali. Suratan atau kebetulan, yang penting Abah sentiasa bersyukur pada nikmat yang Allah SWT kurniakan.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...


Thursday, September 25, 2014

Inspirasi Dari Seorang Isteri : Li Na Dan Tenis

Assalamualaikum WBT, pagi jumaat ini Abah nak kongsi satu sumber yang bolehlah dikatakan sebagai inspirasi buat para ibu di luar sana. Kisah jaguh tenis dunia dari China bernama Li Na.

Li Na Viewed Tennis As "Only Chance"

Li Na membuat satu kepulangan yang penuh emosi ke kampung halamannya di Wuhan, China beberapa hari selepas mengumumkan persaraan beliau daripada tenis kerana masalah lutut yang berterusan. Pada kejohanan Terbuka Wuhan baru-baru ini, Li Na membuat penampilan istimewanya untuk menerima pengiktirafan di dalam satu majlis pada kejohanan tersebut dan ternyata mempunyai ramai peminat.

Dalam temu bual dengan AFP, Li Na memberitahu bahawa kesan akibat kematian ayahnya pada usia beliau 14 tahun ke atas kehidupan dan kerjaya tenis beliau. Li Na mendedahkan bahawa dia berasa tenis adalah peluang untuk beliau membantu ibunya yang masih hidup. "Saya berfikir, anda adalah seorang gadis cantik yang besar, anda perlu menjaga ibu anda," kata Li Na dalam temuduga.

Li Na mengakui bahawa semasa muda dia tidak gemar selalu seperti bermain tenis tetapi terus berlatih dan bermain dengan harapan untuk berjaya dan membantu keluarganya. "Apabila bapa meninggal dunia, saya berfikir bahawa diri saya selalu berkata, 'Satu-satunya peluang adalah anda perlu menjadi pemain terbaik.'" Bintang tenis China, yang menjadi salah satu bintang sukan terbesar dari negara beliau, telah pergi dan memenangi dua kejuaraan perseorangan Grand Slam termasuk Terbuka Perancis 2011 dan Terbuka Australia awal tahun ini.

Nak Maklumat lanjut tentang beliau Klik Di Sini. Bermula sebagai seorang pemain tenis profesional dan kemuncak kariernya adalah selepas beliau menjadi isteri kepada suaminya Jiang Shan yang juga merupakan jurulatihnya.

Apa yang Abah nak kongsi di sini adalah faktor kejayaan. Ketepikan faktor agama, bangsa dan jantina jika kita hendak berjaya. Sememangnya kita sebagai orang Islam adalah orang yang telahpun berjaya. Tingkatkan amalan dan Tawakkal pada Allah SWT. Apabila tiba masanya dan bila kita telah benar-benar bersedia, Allah pasti akan hadiahkan kejayaan yang kita impikan.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Family Day 2014

Assalamualaikum WBT.  Family day, antara event yang dinanti-nantikan bagi anda yang bekerja. Acara yang selalunya akan diadakan pada setiap tahun oleh setiap majikan yang ambil berat akan kebajikan kakitangannya. Dengan adanya sedikit peruntukan dari majikan dan wang dari tabung badan kebajikan pekerja, acara ini wajib dilaksanakan.


Selain sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan bakti yang kita curahkan kepada majikan, acara ini juga dapat memberikan satu kesegaran yang baru kepada setiap kakitangan yang selama ini sibuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Acara ini juga membuktikan bahawa majikan juga mahu kita supaya tidak mengabaikan keluarga malah mengajak keluarga kita masuk ke dalam masyarakat di dalam persekitaran kerja kita.


Untuk family day tahun ini, Abah di amanatkan untuk menjadi MC's. Ala, orang yang banyak cakap dan kemaruk mikrofon tu (bak kata membr abah la). Rasa gementar pun ada sebab memegang peranan sebagai orang yang mengatur dan menjalankan program ketika program tersebut sedang berlangsung.


Anak-anak abah sudah tentunya tidak sabar-sabar kerana terdapat banyak acara-acara yang boleh diorang join. Abah harap program dapat berjalan dengan lancar di bawah cuaca yang baik dan dirahmati serta diberkati Allah SWT. Lokasinya hanyalah di Nur Laman Bestari di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam. Persekitarannya terbaik sebab penuh dengan persekitaran semula jadi macam sungai dan lain-lain.

Apapun, tunggu sambungan kisah family day Abah ini di hari kejadian berlangsung.  Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei ( Beramal )...Bukan Sekadar Blog Rider...

Wednesday, September 24, 2014

Permohonan Kemasukan ke IKM dan KKTM

Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi telah dibuka mulai 25 ogos 2014 hingga 5 oktober. Sehubungan dengan ini, anda yang berminat dijemput untuk memohon kemasukan di HTTP://WWW.EKEMAHIRAN.EDU.MY. Cuma klik sahaja pada link yang telah disediakan.

Terdapat banyak program-program teknikal untuk kita sambung pengajian yang menjanjikan peluang-peluang pekerjaan disamping pengajian yang dibiaya oleh MARA. Untuk maklumat lanjut, layari HTTP://WWW.EKEMAHIRAN.EDU.MY. Kat bawah ni Abah selitkan video promo dari MARATv.



Promo ini dibuat atas niat untuk membantu anak bangsa yang ingin terus memajukan hidup. Peluang tetap ada untuk kita berjaya, cuma kita sahaja yang perlu menentukan arah tujuan kita. Ingatan untuk Abah and the gang, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Kunci BabyZ Abah Hilang?

Assalamualaikum WBT. Bagaimana kalau kunci motor kita hilang, atau kita tak sedar yang kita tertinggal kunci motor kita dekat motor. Bila kita patah balik ke parking motor, kita dapati yang motor kita dah hilang. Tak dapat nak digambarkan perasaan waktu itu.

Motor BabyZ Abah

Sebelum Abah nak sambung cerita, marilah kita mulakan sesi bersama Abah ini dengan selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana kita sentiasa mendapat hadiah dan nikmat dariNya.

Ini cerita pagi tadi. Disebabkan hujan rahmat yang turun menyejukkan bumi KL ini, Abah pergi ke tempat kerja menggunakan aksesori tambahan iaitu baju hujan. Di atas faktor jalan yang licin dan kereta yang banyak di atas jalan, Abah menggunakan kelajuan yang agak berpatutan untuk menjaga keselamatan diri ini. Disebabkan pandu perlahan, Abah sampai agak lewat daripada biasa iaitu jam 7(sebenarnya masih awal sebab Abah masuk kerja pukul 7.30 pagi).

Ditengah kesibukan mengejar masa sambil melipat baju hujan yang dipakai tadi dan masa yang seakan-akan tiba-tiba memecut, dengan segeralah juga Abah sumbat baju hujan dalam beg dan terus naik ke pejabat untuk punch card. Aktiviti kerja seharian Abah pun bermula dengan sibuknya. Tepat jam 10 ketika Abah nak masuk mesyuarat, barulah Abah teringat akan status kunci motor. Raba-raba poket seluar, yang ada hanyalah kunci rumah. Apa lagi, kepanikan mula melanda sebab memang Abah akan letak kunci motor di dalam poket seluar dan hari ini ianya tiada.

Setelah bergegas ke parking motor untuk cari kunci takut-takut tertinggal di motor, Abah bergegas pula ke pejabat semula untuk cari kunci tersebut di dalam poket jaket motor. Masih juga tiada. Jeng Jeng Jeng. Setelah 15 minit berlalu dengan mesyuarat pun telah bermula, baru Abah terfikir yang kenapa kunci rumah yang sepatutnya berada di dalam beg galas berada di dalam poket seluar?

Fuhhhh! Perrrgh! Lega! Rupa-rupanya di dalam kekalutan pagi tadi Abah yang sepatutnya simpan kunci rumah di dalam beg galas telah tertukar dengan kunci motor. Selamat kunci dan motor Abah. Terkesan dari peristiwa ini, member Abah menyarankan Abah supaya membeli satu alat ni yang diberi nama Anti Lost Alarm. Kat bawah ni dia share link video pasal gajet ni.


Ada satu lagi yang best dan nampak hensem sikit kalau pakai macam video kat bawah ni.



Member Abah ni kalau korang nak tahu memang seorang pakar pencari barang di internet. Bila Abah tanya nak beli kat mana, dia cadang Abah beli kat Alarm Disc Lock PadLock di facebook ni. Harga yang mamat ni jual pun agak murah berbanding yang lain yang ada kat pasaran sekarang ni la. Siap ada jual macam-macam kunci yang ber alarm dan boleh pos lagi. Nak try beli satu la. Kalau korang berminat, korang check sendiri la akaun facebook dia tu ek. Sebut la yang korang dapat tau pasal benda ni dari AbahBZ ek. Manalah tau kut-kut dia boleh bagi diskaun ker?

Biar apapun yang kita lakukan dalam pekerjaan kita sehari-harian, biarlah kita sentiasa Istiqamah. Mulakan dengan Bismillah dan pasang niat kerana Allah SWT. In Shaa Allah berkat hidup kita. Ingat, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Tuesday, September 23, 2014

Wajib Baca : Kusyuk Dalam Solat!

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Tidak lupa juga kita harus sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Malam ini Abah terpanggil untuk melaksanakan kewajipan Abah sebagai seorang Islam untuk kongsikan perkongsian oleh Yusuf Al-Qaradhawi di Facebook beliau. Penulisan ini adalah daripada Dr Fuad Latip.


Abah dah cubanya sendiri dan memang ianya berkesan dan Abah nak korang semua cuba sendiri. MasyaAllah, Subhanallah, nikmatnya solat. Dengarlah nasihat Abah ini ek. Baca artikel ini sampai habis dan hayatinya. Berikut adalah pesanannya.


MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.


****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Nikmatkan? Semoga amalan ibadat kita semakin bertambah setiap hari. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...