Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

Wajib Baca : Kusyuk Dalam Solat!

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Tidak lupa juga kita harus sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Malam ini Abah terpanggil untuk melaksanakan kewajipan Abah sebagai seorang Islam untuk kongsikan perkongsian oleh Yusuf Al-Qaradhawi di Facebook beliau. Penulisan ini adalah daripada Dr Fuad Latip.


Abah dah cubanya sendiri dan memang ianya berkesan dan Abah nak korang semua cuba sendiri. MasyaAllah, Subhanallah, nikmatnya solat. Dengarlah nasihat Abah ini ek. Baca artikel ini sampai habis dan hayatinya. Berikut adalah pesanannya.


MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.


****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Nikmatkan? Semoga amalan ibadat kita semakin bertambah setiap hari. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Thursday, September 11, 2014

5 Tips Untuk Bentuk Anak Soleh/Solehah

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Jangan lupa untuk kita senantiasa mengucap kalimah Alhamdulillah untuk menyatakan rasa kesyukuran kita terhadap segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Jangan sesekali kita tinggalkan solat kerana solat itu adalah tiang agama. Jika tiangnya tidak kukuh maka robohlah ia.


Untuk bacaan santai malam ini sebelum kita lelapkan mata, Abah nak kongsikan satu tazkirah yang Abah dengar pagi tadi mengenai cara untuk kita membentuk anak-anak yang soleh dan solehah. INGAT! Hanya ada 3 perkara sahaja yang boleh kita bawa setelah kita mati iaitu SEDEKAH JARIAH KITA, ILMU YANG DIMANFAATKAN dan DOA DARI ANAK YANG SOLEH.


Perasan tak perkara yang ketiga? Kita masih lagi ada masa dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak kita agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Kanak-kanak tidak berdosa untuk apa yang difahaminya kerana ibu bapa merekalah yang membentuk mereka samaada menjadi Islam, Yahudi, Majusi atau Nasrani. Kanak-kanak juga ibarat sehelai kain putih di mana kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakkannya.


Berikut adalah 5 tips untuk kita amalkan agar Allah jadikan anak kita anak yang soleh dan solehah.

1. Ibu dan Bapa Yang Soleh & Solehah.
Ibu dan Bapa perlulah menjadi ibu dan bapa yang soleh dan solehah terlebih dahulu. Kita sebagai ibu bapa perlu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan mempertingkatkan lagi kualiti amal ibadat kita sehari-harian.

2. Berdoa
Sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah. Ketika di dalam sujud terakhir solat(dalam hati), selepas solat, ketika hujan lebat atau pada bila-bila masa sahaja. Doa biarlah beradab iaitu sekurang-kurangnya dalam keadaan bersih atau berwuduk, menghadap kiblat, menadah tangan dan sepenuh hati. Amalkanlah doa-doa yang telah diajarkan kepada kita atau berdoa sahaja dalam bahasa yang kita fahami kerana Allah Maha Pencipta. Allah SWT lah yang mencipta kita dan Allah SWT lah yang memahami kita.

3. Jangan Bertengkar
Sebagai ibu bapa, elakkan dari sebarang pergaduhan mahupun pertengkaran di dalam rumah apatah lagi di depan anak-anak kerana ia akan mewujudkan perasaan tidak tenteram dan tidak selamat di dalam fikiran anak-anak kita. Sentiasalah wujudkan suasana yang harmoni di dalam rumah.

4. Jauhi Maksiat
Ibu bapa hendaklah menjauhkan diri dari sebarang perkara-perkara yang fasik dan maksiat. Ini kerana dalam kita tidak sedar segala apa yang kita lakukan akan menjadi ikutan anak-anak kita jika tidak hari ini, mungkin esok.

5. Baca Al-Quran
Amalkanlah membaca Al-Quran. Bacaan yang dimaksudkan di sini adalah bukan setakat bacaan surah-surah lazim yang kita telah hafal. Tetapi hendaklah kita berusaha untuk secara berterusan membaca dan khatam Al-Quran serta belajar mendalami dan memahami maksud dan isi kandungan atau tafsir Al-Quran tersebut. Lebih elok lagi jika di baca bersama-sama suami, isteri dan anak-anak secara tadarus.

Maafkan dan betulkan Abah sekiranya terdapat salah dan silap di dalam penyampaian ilmu itu tadi kerana kemampuan Abah untuk mengingat hanyalah setakat ini sahaja. In Shaa Allah Abah akan terus belajar kerana ilmu itu penting. Sekian dulu dari AbahBZ.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Tuesday, September 9, 2014

Kawal Marah : Islam Vs Konvensional?

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaan dan nikmat dariNya. Hari ini Abah nak kongsi bebel pasal MARAH. Cara nak kawal kemarahan secara konvensional ataupun Islam. Yang mana satu pilihan korang? Mana yang terbaik dan mudah serta beroleh pahala?


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).


Mula-mula jom kita tengok apakah cara konvensional.

1. Fikir Sebelum Cakap
Ambil sedikit masa untuk berfikir anda sebelum berkata apa-apa - dan membenarkan orang lain yang terlibat dalam keadaan untuk melakukan perkara yang sama.
2. Bila Dah Tenang, Baru Luahkan Kemarahan 
Sebaik sahaja anda berfikir dengan jelas, barulah anda nyatakan kekecewaan anda dengan cara yang tegas tetapi lembut(bukan agresif). Menyatakan kebimbangan dan keperluan anda dengan jelas dan secara langsung, tanpa mencederakan orang lain atau cuba untuk mengawalnya.
3. Bersenam 
Aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan tekanan yang boleh menyebabkan anda menjadi marah. Jika anda berasa marah anda semakin meningkat, pergi untuk berjalan pantas atau berlari, atau menghabiskan masa melakukan aktiviti fizikal lain menyeronokkan.
4 Ambil Masa (Timeout) 
Timeout ini bukan sahaja untuk kanak-kanak. Pergilah bercuti singkat untuk mengurangkan tekanan.
5. Kenal Pasti Penyelesaian
Bukannya memberi tumpuan kepada apa atau siapa yang salah, cuba untuk menyelesaikan isu itu.
6. Sentiasa Gunakan 'SAYA' 
Untuk mengelakkan mengkritik atau menyalahkan - yang mungkin hanya meningkatkan ketegangan - gunakan 'SAYA' untuk nyatakan masalah. Contohnya, katakan, "Saya kecewa sebab ...," dan bukannya, "Awak tak pernah..."
7 Jangan Simpan Dendam
Memaafkan adalah cara yang berkuasa.
8. Berlawak Atau Humor
Gunakan humor atau lawak untuk membantu anda menghadapi apa yang membuat anda marah dan, mungkin, mana-mana jangkaan yang tidak realistik yang anda ada untuk bagaimana lupakan marah itu. Elakkan sindiran, walaupun - ia boleh menyakiti perasaan dan memburukkan lagi keadaan.
9 Amalan Kemahiran RELAKS 
Apabila kemarahan tengah membuak, cuba untuk rileks. Amalan latihan tarik dalam-nafas, bayangkan senario yang santai, atau mengulangi perkataan atau ayat yang menenangkan.
10. Tahu Bila Untuk Dapatkan Bantuan
Belajar untuk mengawal kemarahan adalah satu cabaran bagi semua orang pada masa-masa. Pertimbangkan yang mencari bantuan untuk isu-isu kemarahan jika kemarahan anda seolah-olah di luar kawalan, menyebabkan anda untuk melakukan perkara yang anda menyesal atau menyakitkan orang di sekeliling anda.


Sekarang, kita tengok pulak apa cara Islam.

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan. Solat sunat.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif. Ingat Allah - Istighfar

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Bagi Abah, kedua-dua tips yang Abah kongsikan ini adalah sangat baik untuk dipraktikkan dan adalah lebih baik juga kita utamakan tips yang boleh mendatangkan pahala kepada kita dahulu. Dan kalau berkebolehan, buat jer semua tips yang dinyatakan di atas sebab Abah rasa cukup sekadar mengambil wuduk sudah dapat meredakan kemarahan kerana selepas berwuduk, kita sedar yang kita ini hambaNya.
Sumber-sumber Abah pinjam dari mayoclinic.org, peribadi rasulullah.wordpress.com dan ceritasekupang.blogspot.com

Jadi, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Friday, August 15, 2014

Amalan Terbaik Hari Jumaat

Assalamualaikum. Alhamdulillah,  syukur kita dapat bertemu lagi Penghulu Segala Hari iaitu Hari Jumaat. Saidul Ayyam kut kalau dalam bahasa arab (betulkan kalau salah ek).
Sebenarnya seronok tau hari Jumaat ni.
Salah satu sebabnya adalah pada hari ini saja lah untuk orang lelaki yang sesibuk mana sekalipun akan pergi ke rumah Allah SWT untuk berjemaah di sana. Aku ni tak la perfect sangat tetapi cuba menjadi seorang manusia yang akan terus belajar dan menambah ilmu agama tercinta ni.
Antara amalan yang telah aku pelajari dan nak dikongsikan dengan semua orang untuk kita amalkan pada setiap hari jumaat adalah :
* Bangun awal, at least pukul 5.15(sepatutnya awal lagi) iaitu sebelum subuh untuk tunaikan solat taubat dan tahajjud. 4 rakaat jer.
* Kalau boleh subuh berjemaah sebab disurau2 atau masjid akan ada bacaan sujud sajadah(sebab diri sendiri pun tak hafal).
* Lepas tu boleh la baca surah Kahfi. Kalau tak sempat baca jer 10 yang terawal dan 10 yang terakhir. (In Shaa Allah dapat melindungi kita dari fitnah).
* Seterusnya, apa lagi. Bertebaran la kita ke tempat mencari rezeki. Pasang niat elok2 di hati untuk cari rezeki yang halal dan dipermudahkan Allah segala urusan.
* Di pejabat pula, kalau ada Badan2 kebajikan ke. Cadang la untuk adakan sesi bacaan Yasin dan tahlil pada setiap jumaat pagi. Tak lama pun, lebih kurang sejam jer.
* Sementara air sembahyang tu masih ada lagi. Lepas baca Yasin, terus tunaikan solat Dhuha (In Shaa Allah murah rezeki).
* Kerja dengan tekun
* Tiba jam 12.30 , boleh mula bergerak ke masjid. Dapat tambah lagi pahala sebab selalunya ada tazkirah2 pendek di masjid sebelum khutbah jumaat.
* Dengar khutbah dengan kusyuk. Nak tau lebih lanjut? Rajin2 la Google ek.
* Sampai la kita pada waktu Maghrib(jauh betul skip masa, jangan lupa Asar).
*  Cuba untuk pergi berjemaah dan bila selesai, baca lagi Quran atau berselawat, bertasbih atau bertahmid (Hafiz Hamidon kan ada).
* Kalau rajin, sambung lagi selepas Isyak.
Rasanya itu jer ilmu yang aku ada untuk dikongsi bersama. Ingat, tips2 yang aku taip tadi tu tak sampai 10 peratus kut amalan Rasulullah SAW dan sahabat satu ketika dahulu. Jadi, selamat menambah ilmu dan beramal lagi ek.
-SALAM JUMAAT-