Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Sarapan Pagi @ Sate Maharani Muar

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan marilah sama-sama kita panjatkan rasa kesyukuran kita di atas nikmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita. Dihujung minggu yang lalu, Abah balik ke kampung mertua di Muar Johor. On the way nak balik semula ke KL, Abah dan keluarga singgah di kedai makan yang wajib kami singgah untuk sarapan pagi iaitu Sate Maharani.

Lokasinya berhadapan dengan stesen bas Muar dan pastinya korang akan tau lokasi kedainya kerana kawasan tersebut akan diliputi asap hasil bakaran satay. Cuma agak sukar sedikit untuk mencari parking kerana kawasan tersebut agak sibuk. Tapi kalau dah teringin tu akan usaha jugakkan?


Apa yang menarik dan lainnya di sini adalah, kedai ini menyediakan hidangan satay pada waktu pagi. Breakfast dengan satay! Marvelouskan? Tak perlu lagi nak risau kalau tak dapat pergi pasar malam untuk beli satay semalam.


Menu yang ada agak pelbagai dan takkan sempatnya nak rasa semua. Jadi kitaorang akan pesan makanan yang kitaorang biasa order. Nasik Lemak Bungkus Simple Tapi Telur Rebus Sebijik dan Satay 3 Jenis Daging. Cuma yang agak berbeza hari ini adalah pertambahan menu baru iaitu Bebola Daging Kampungku atau dalam bahasa omputihnya Meatball.


Untuk komen tentang rasa tu, korang kena datang dan nikmati sendiri. Kelebihan tempat ini yang membuatkan Abah akan datang berkali-kali adalah kepelbagaian menunya.


Harganya pun agak berpatutan. Bila dah bayar, cashier tu siap bagi penanda buku menu kedai dorang lagi. Agaknya supaya senang nak order kalau datang lain kali.



Apapun aktiviti korang di waktu cuti sekolah yang baru berlalu ini, biarlah bermanfaat dan dihabiskan bersama orang yang tercinta. Rapat-rapatkanlah hubungan sesama anda dan ahli keluarga anda biar betul-betul jadi macam Air Yang Dicincang Takkan Putus. Hujung minggu ini pulak Abah nak ke Nur Laman Bestari Resort kat Ulu Yam tu untuk Family Day. Nanti Abah postkan entrinya ek. Salam dan selamat Beribadah dari Abah. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Saturday, September 6, 2014

2ND TTS & Visit New Born Baby @ Tanjung Karang

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Jangan lupa untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. 


Alhamdulillah, syukur sesi ride TTS kali ke 2 Abah berjaya dilaksanakan. Destinasi, Cendol Bakar Kuala Selangor. Tayar golek lebih kurang jam 3.30 dari RV point Medan MARA dan kami singgah di stesen minyak Shell selepas Tol Duta untuk pick up seorang lagi sahabat yang telah sedia menunggu di sana. Ya, SYM200 pun boleh follow kitaorang. Berdesup dia lead jalan kitaorang kat depan.


Alhamdulillah selepas merentasi highway LATAR, kitaorang selamat sampai ke destinasi TTS Cendol Bakar lebih kurang jam 4 lebih. Untuk pertama kali jugak Abah dah sampai ke speed 155km/j dan belum berani lagi untuk pergi lebih laju. In Shaa Allah lain kali kut.


Macam-macam pilihan cendol ada dijual di sini dan pilihan Abah dan rakan-rakan adalah Cendol Durian Pulut. Rasanya biasa-biasa jer kalau nak comparekan dengan cendol-cendol di tempat lain yang pernah Abah lawati(Setakat ini, Abah rekomen cendol kat Taiping, walaupun hanya cendol biasa, tetapi korang rasa la sendiri ek).


Selain cendol, kat sini pun diorang ada bukak beberapa gerai makanan lain seperti nasi ayam, otak-otak, sata dan banyak lagi la. Korang datang sendiri la cuba ek.


Selesai ber TTS, kitaorang teruskan sesi ride itaorang ke Tanjung Karang iaitu rumah sahabat yang baru menerima kehadiran cahaya mata beliau yang pertama, Ariana Sofia(Tak tau la ejaan betul ke salah). Baby Sofia memang cute dan terima kasih jugak kita orang nak ucapkan buat tuan rumah yang bersusah payah menyediakan hidangan makan malam yang sangat sedap(sebab abah tambah 2 kali). Nasi putih berlaukkan sayur padprik, ayam goreng berempah dan kuih raya.











Selesai sudah sesi ziarah, kitaorang bergerak pulang ke rumah masing-masing lebih kurang jam 6.45 petang. Alhamdulillah Abah selamat sampai ke rumah dan solat Maghrib di rumah.

Sepanjang perjalanan tadi sebenarnya ada sebuat kisah sedih. Kitaorang tak dapat nak siarkan video ride kitaorang. Huhu. Rest In Peace buat kamera SJ4000 milik sahabat abah kerana telah jatuh dan pecah berderai ketika dalam perjalanan pergi. Hanya body kamera sahaja yang sempat Abah selamatkan. Bateri, memory card dan lain-lain lagi musnah dilanggar oleh kenderaan-kenderaan yang tidak bersalah kerana mereka tidak tahu. Huhu.


Apapun, ingatan untuk kita semua, janganlah kita terlalu berseronok kerana waktu itu kita mungkin akan lupa pada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah SWT agar sentiasa mengingatkan kita supaya sentiasa berada di jalan yang lurus walaupun peringatan itu menyakitkan kita.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Friday, September 5, 2014

Sabtu 06092014 : Hari BZ Abah

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kehadrat Ilahi di atas segala kurniaan dan nikmatNya kepada kita. Hendaklah kita senantiasa berasa takut kalau-kalau Allah SWT sudah tidak memperdulikan kita dengan sentiasa melakukan amalan-amalan ibadah samaada yang wajib mahupun yang sunat.

Arrggh! Hari ini abah betul-betul BZ. Kena dengan nama jolokan Abah ni, program hari sabtu Abah ni memang agak penuh. Abah kena menduduki peperiksaan online SPA untuk permohonan jawatan Penguasa Kastam W41 dari jam 9 hingga 12. Tolong doakan kejayaan Abah.


Sebaik sahaja habis exam ni, Abah golekkan BabyZ Abah ke Medan MARA untuk sesi TTS bersama-sama rakan rider Abah ke Cendol Bakar Kuala Selangor. Cadangan waktu tayar golek adalah pada pukul 2 petang. Macam yang Abah dah bagitau sebelum-sebelum ini, Abah bukannya jenis orang yang suka membuang masa. Sesi TTS kali ini adalah juga di selitkan sesi melawat rumah rakan yang baru menyambut kelahiran bayi pertamanya. 

Selain itu, Abah harap aktiviti ini dapat merapatkan ukhwah sesama Abah dan rakan-rakan rider samaada yang telah kenal dan bakal abah kenali. Abah suka berkawan dan suka juga banyak kawan. Jadi kalau ada sesiapa yang nak berkawan dengan Abah tu jangan malu-malu ek. Doakan juga perjalanan Abah ke sana ek. Abah harap akan sampai ke rumah sebelum Maghrib. In Shaa Allah.

Apapun aktiviti yang kita rancang dan lakukan pada hari ini, biarlah ianya bermakna dan memberi manfaat dan bukannya sesuatu yang sia-sia. Allah SWT benci jika hambaNya melakukan perkara-perkara yang sia-sia. Akhir kata, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukar Sekadar Blog Rider...

Sunday, August 31, 2014

Shabu Shabu Ipoh Perak, Jom Makan Steambot Buffet.

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas kurniaan dan nikmatNya kepada kita. Jangan lupa untuk terus berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT agar kita memperolehi kebaikan daripadaNya.

30 Ogos 2014, beberapa jam sebelum ketibaan ambang merdeka bagi tahun 2014. Abah on the way ke Ipoh bersama-sama dengan niat murni untuk belanja parent makan malam. Pilihan telah ditetapkan dari awal iaitu nak ke Shabu Shabu Ipoh iaitu restoren Steambot Buffet. Disebabkan hujan yang lebat sepanjang jalan, terpaksalah abah dan family tersangkut di dalam kesesakan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan PLUS menuju ke Ipoh.


Dalam kepenatan yang tidak dapat dibayangkan kerana sebelum itu, pada paginya abah keluar ride dengan mama naik ke Genting dan pergi basuh motor di Bikers Spa & Cafe(Dijemput baca post yang sebelum ini ek). Akhirnya kami sampai ke lokasi. Di bawah ni abah pastekan petanya. Jangan terkejut pulak dengan nama dalam peta tu. Memang dulu nama tempat tu kampar restaurant (Signboard di simpan jalannya pun masih menggunakan nama tersebut) tapi sekarang memang ada restoren Shabu Shabu tu(Google map tak update peta lagi).


View Larger Map



Agak berbaloi jugaklah harganya kalau kita nak bandingkan dengan keselesaan, kemudahan dan range pilihan makanannya yang memang abah rasa korang semua takkan mampu untuk rasa kesemuanya. Hanya satu kekurangan yang abah rasa tiada di tempat ini berbanding di tempat lain yang mengikuti trend terkini adalah tempat untuk kita membakar atau grill sendiri lauk-pauk kita. Akan tetapi mereka menyediakan satu ruangan di luar di mana kita hanya perlu memilih bahan-bahan makanan yang hendak kita grill dan petugas restoren akan tolong bakarkan dan hantar ke meja kita.


Sememannya puas hati dan berbaloi sebab sehinggakan char koey teow dan satay pun ada. Harga bagi orang dewasa adalah sebanyak RM35 satu kepala dengan pilihan 2 jenis kuah. Untuk maklumat lanjut, korang google jer tentang Shabu Shabu Ipoh ni ek(Abah cerita ni pun free jer tak kena bayar pun, hehe). Yang selebihnya korang tengok sendirilah gambar-gambar yang sempat abah snap ek. Abah datang sini pun sebab nak makan, bukan nak bergambor. Restoren ini jugak menyediakan surau di tingkat atas untuk kita menunaikan tuntutan wajib kita iaitu solat fardu. Makan tu makan jugak, jangan lupa solat ek.





Selesai sudah menjamu selera, tibalah masa untuk abah dan family pulang beradu di rumah mak abah. Pesan abah pada semua, jika kita mampu atau paling mudah sekali ialah ikut kemampuan kita, sekali sekala tu bawaklah kedua ibu bapa kita keluar makan untuk merehatkan dan menggembirakan hati mereka. Menggembirakan hati kedua ibu bapa adalah tuntutan dan saranan Rasulullah SAW kerana tanpa mereka kita takkan ada di dunia ini untuk mengimarahkan bumi ini. Asalkan cara kita tu masih lagi berlandaskan syariat dan hukum Allah SWT.

Beringatlah semua ek, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Thursday, August 28, 2014

Les Oliviers, Hidangan Ala Maghribi.

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya yang tak terkira kepada kita. Kali ini abah nak buat review tentang sebuah Restoren yang diberi nama Les Oliviers.

First impression apabila dengar sahaja namanya tentu kita akan anggap yang harga hidangan di sini tentunya mahal. Ternyata tanggapan itu meleset sama sekali bila abah lihat pada menunya. Harganya agak berbaloi dan kebanyakan orang pasti mampu untuk singga dan makan di sini.

Apa yang abah suka tentang restoren ini adalah suasana ruang makannya yang agak selesa kerana ianya terletak di dalam Kompleks Beli Belah Maju Junction yang sepenuhnya berhawa dingin. Ruangan, susunan dan hiasan kedainya amat selesa untuk apa jua occasion yang kita harapkan. Nak bersama keluarga, kawan-kawan mahupun bersama couple, semuanya boleh.


Tentang menunya pula, terdapat banyak pilihan makanan ala Maghribi atau lebih mudahnya ala campuran Afrika dan Arab. Pilihan abah untuk percubaan kali pertama di sini adalah Chicken Shawarma yang baru bernilai hanya RM8.90 sahaja termasuk teh o ais limau. Jangkaan awal abah adalah abah akan mendapat hidangan tersebut dalam saiz yang kecil dan ternyata sekali lagi ianya meleset kerana saiz Shawarmanya adalah agak besar dan mengenyangkan.

Dihidangkan bersama-sama dengan sayuran ala salad dan kentang goreng bersama-sama dengan mayonis dan sos cili, semestinya membangkitkan selera sipenjamunya. Anda lihat dan nilailah sendiri gambar hidangan yang abah order ni. Sungguh menyelerakan dan pasti puas hati. 



Kini, abah dan kawan-kawan dah ada tempat lepak baru untuk lunch. Apapun, di dalam kita menikmati hidangan ni, ingatlah orang yang lebih susah dari kita yang tak mampu nak makan apa yang kita makan. Jangan membazir dan pesan apa yang perlu sahaja. Pesan Rasulullah SAW, Makan Ketika Kita Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang...

Ingat, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Wednesday, August 20, 2014

Lemang Periuk Kera @Jamuan Raya BTM MARA

Assalamualaikum WBT, jumpa lagi kita dalam coretan kali ini. Abah bukan apa, kali ini cuma nak cerita pasal 1st time jumpa merangkap makan lemang periuk kera.
Hah! Terkejutkan (bagi yang terkejut macam abah ni jugak). Jangan risau, periuk kera tersebut digunakan hanya sebagai pengganti buluh untuk lemang2 yang telah biasa kita jamahi sebelum ini.
Teksturnya lembut mungkin sebab lemang ni cuma direbus dan bagi abah yang tak pernah merasa periuk kera sebelum ni, rasa pulut tu takde la beza sangat dengan rasa pulut rebus yang lain (cewah! macam pengkritik masterchef plak).
Mungkin lemang ni boleh dikategorikan sebagai hiasan rupa lebih penting bersama2 dengan mengekalkan rasanya.
Apa2 hal pun tunggu post lepas ni ek. Makan jangan lupa mulakan dengan bismillah dan sudahi dengan alhamdulillah.
Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei (Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider Biasa..













Sunday, August 17, 2014

Lokasi Baru Food Court Maju Junction

Assalamualaikum WBT, kadang2 pening jugak nak cari makan kat area Jalan TAR ni. Bukan tak ada, tapi tak memenuhi citarasa.
Tengah2 ronda kat Maju Junction terjumpa pulak foodcourtnya yang baru dipindahkan dari tingkat atas ke basement berdekatan dengan Giant.
Tiba2 ramai pulak orang kat foodcourt ni berbanding waktu dekat tingkat atas yang dah macam hidup segan mati tak mau. Harga biasa la rate KL dan taklah berapa mahal sangat dan yang paling penting banyak pilihan.
Apapun, kalau nak cubalah sendiri ek. Baru tau. Ini bukanlah satu post promosi tapi sekadar berkongsi cerita bagi orang2 yang senasib dengan abah ni.
Ingatan untuk semua, Makan Ketika Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang..