Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Saturday, September 27, 2014

Hari Keluarga 2014 : Family Day 2014

Assalamualaikum WBT, setelah sehari berlalu baru Abah boleh throwback balik event hari keluarga 2014 semalam. Dengan kepenatan yang melanda akibat dari aktiviti semalam, hari ini Abah rehat di rumah jer.


Bermula dari hari jumaat lagi, sebagai AJK persiapan tempat. Abah bersama AJK2 lain pergi ke lokasi untuk membawa segala peralatan keperluan dan hadiah-hadiah untuk disimpan kerana event bermula pada pagi sabtu.


Barang-barang dah habis di load kan kat dalamm bilik AJK dan memerlukan orang untuk menjaganya. Terpaksalah Abah volunteer untuk stay pada malam tu khas untuk jaga barang kat dalam bilik. Kesian kat BabyZ sebab kena tidur kat dalam hutan malam tu. Nasib baik ada bumbung, taklah berembun.


Nasib baik berteman.



Inilah barang-barang dan hadiah-hadiah yang Abah perlu jaga pada malam itu. Helmet dan jaket tu sekadar perhiasan sahaja dan bukanlah sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah family day kali ini.


Berakhir kisah bermalan di Nur Laman Bestari Ulu Yam. Sebaik sahaja selesai subuh, Abah kejut BabyZ dan kitaorang bergerak balik ke rumah di dalam kesejukan gerimis di subuh hari. Bila dah bersiap, Abah dan family bergerak semula ke Nur Laman Bestari untuk join Family Day.



Nampak tak Abah bersama seorang lagi pemilik BabyZ berwarna putih bertugas menjadi MC. Untuk acara-acara santai macam ni boleh la. Tapi kalau untuk event-event rasmi rasanya tak boleh kut.



Apapun, semua orang enjoy. Bermula dengan acara senamrobik seisi keluarga sehinggalah ke aktiviti sukaneka. Semua ahli keluarga turut serta dan memeriahkan suasana.



Nampak tak anak Abah senamrobik tu.


Acara wajib family day, music chair.



Acara hari keluarga ini diakhiri dengan sesi fotografi seluruh staf dan juga bersama seluruh ahli keluarga. Kemudiannya  jamuan makan tengahari yang disajikan bersama kambing panggang. Resepi yang dah tak berapa rahsia daripada bos. Memang sedap dan sempoi.

Tak kira di mana tempat kita buat family day ni, kalau pengisiannya menarik mesti semua orang akan pulang dengan kenangan manis. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini dan semoga tahun depan akan ada yang lagi best. Sepanjang 13 tahun Abah menyertai family day ini, sememangnya Abah la orang yang paling tidak bertuah bila tiba waktu hadiah cabutan. Selalunya takkan dapat apa-apa dan kalau hadiahnya disediakan untuk semua orang sekalipun macam hariini, nama Abah dicabut pada cabutan yang terakhir sekali. Suratan atau kebetulan, yang penting Abah sentiasa bersyukur pada nikmat yang Allah SWT kurniakan.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...


Thursday, September 25, 2014

Family Day 2014

Assalamualaikum WBT.  Family day, antara event yang dinanti-nantikan bagi anda yang bekerja. Acara yang selalunya akan diadakan pada setiap tahun oleh setiap majikan yang ambil berat akan kebajikan kakitangannya. Dengan adanya sedikit peruntukan dari majikan dan wang dari tabung badan kebajikan pekerja, acara ini wajib dilaksanakan.


Selain sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan bakti yang kita curahkan kepada majikan, acara ini juga dapat memberikan satu kesegaran yang baru kepada setiap kakitangan yang selama ini sibuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Acara ini juga membuktikan bahawa majikan juga mahu kita supaya tidak mengabaikan keluarga malah mengajak keluarga kita masuk ke dalam masyarakat di dalam persekitaran kerja kita.


Untuk family day tahun ini, Abah di amanatkan untuk menjadi MC's. Ala, orang yang banyak cakap dan kemaruk mikrofon tu (bak kata membr abah la). Rasa gementar pun ada sebab memegang peranan sebagai orang yang mengatur dan menjalankan program ketika program tersebut sedang berlangsung.


Anak-anak abah sudah tentunya tidak sabar-sabar kerana terdapat banyak acara-acara yang boleh diorang join. Abah harap program dapat berjalan dengan lancar di bawah cuaca yang baik dan dirahmati serta diberkati Allah SWT. Lokasinya hanyalah di Nur Laman Bestari di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam. Persekitarannya terbaik sebab penuh dengan persekitaran semula jadi macam sungai dan lain-lain.

Apapun, tunggu sambungan kisah family day Abah ini di hari kejadian berlangsung.  Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei ( Beramal )...Bukan Sekadar Blog Rider...

Sunday, September 21, 2014

Sarapan Pagi @ Sate Maharani Muar

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan marilah sama-sama kita panjatkan rasa kesyukuran kita di atas nikmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita. Dihujung minggu yang lalu, Abah balik ke kampung mertua di Muar Johor. On the way nak balik semula ke KL, Abah dan keluarga singgah di kedai makan yang wajib kami singgah untuk sarapan pagi iaitu Sate Maharani.

Lokasinya berhadapan dengan stesen bas Muar dan pastinya korang akan tau lokasi kedainya kerana kawasan tersebut akan diliputi asap hasil bakaran satay. Cuma agak sukar sedikit untuk mencari parking kerana kawasan tersebut agak sibuk. Tapi kalau dah teringin tu akan usaha jugakkan?


Apa yang menarik dan lainnya di sini adalah, kedai ini menyediakan hidangan satay pada waktu pagi. Breakfast dengan satay! Marvelouskan? Tak perlu lagi nak risau kalau tak dapat pergi pasar malam untuk beli satay semalam.


Menu yang ada agak pelbagai dan takkan sempatnya nak rasa semua. Jadi kitaorang akan pesan makanan yang kitaorang biasa order. Nasik Lemak Bungkus Simple Tapi Telur Rebus Sebijik dan Satay 3 Jenis Daging. Cuma yang agak berbeza hari ini adalah pertambahan menu baru iaitu Bebola Daging Kampungku atau dalam bahasa omputihnya Meatball.


Untuk komen tentang rasa tu, korang kena datang dan nikmati sendiri. Kelebihan tempat ini yang membuatkan Abah akan datang berkali-kali adalah kepelbagaian menunya.


Harganya pun agak berpatutan. Bila dah bayar, cashier tu siap bagi penanda buku menu kedai dorang lagi. Agaknya supaya senang nak order kalau datang lain kali.



Apapun aktiviti korang di waktu cuti sekolah yang baru berlalu ini, biarlah bermanfaat dan dihabiskan bersama orang yang tercinta. Rapat-rapatkanlah hubungan sesama anda dan ahli keluarga anda biar betul-betul jadi macam Air Yang Dicincang Takkan Putus. Hujung minggu ini pulak Abah nak ke Nur Laman Bestari Resort kat Ulu Yam tu untuk Family Day. Nanti Abah postkan entrinya ek. Salam dan selamat Beribadah dari Abah. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Saturday, September 6, 2014

2ND TTS & Visit New Born Baby @ Tanjung Karang

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Jangan lupa untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. 


Alhamdulillah, syukur sesi ride TTS kali ke 2 Abah berjaya dilaksanakan. Destinasi, Cendol Bakar Kuala Selangor. Tayar golek lebih kurang jam 3.30 dari RV point Medan MARA dan kami singgah di stesen minyak Shell selepas Tol Duta untuk pick up seorang lagi sahabat yang telah sedia menunggu di sana. Ya, SYM200 pun boleh follow kitaorang. Berdesup dia lead jalan kitaorang kat depan.


Alhamdulillah selepas merentasi highway LATAR, kitaorang selamat sampai ke destinasi TTS Cendol Bakar lebih kurang jam 4 lebih. Untuk pertama kali jugak Abah dah sampai ke speed 155km/j dan belum berani lagi untuk pergi lebih laju. In Shaa Allah lain kali kut.


Macam-macam pilihan cendol ada dijual di sini dan pilihan Abah dan rakan-rakan adalah Cendol Durian Pulut. Rasanya biasa-biasa jer kalau nak comparekan dengan cendol-cendol di tempat lain yang pernah Abah lawati(Setakat ini, Abah rekomen cendol kat Taiping, walaupun hanya cendol biasa, tetapi korang rasa la sendiri ek).


Selain cendol, kat sini pun diorang ada bukak beberapa gerai makanan lain seperti nasi ayam, otak-otak, sata dan banyak lagi la. Korang datang sendiri la cuba ek.


Selesai ber TTS, kitaorang teruskan sesi ride itaorang ke Tanjung Karang iaitu rumah sahabat yang baru menerima kehadiran cahaya mata beliau yang pertama, Ariana Sofia(Tak tau la ejaan betul ke salah). Baby Sofia memang cute dan terima kasih jugak kita orang nak ucapkan buat tuan rumah yang bersusah payah menyediakan hidangan makan malam yang sangat sedap(sebab abah tambah 2 kali). Nasi putih berlaukkan sayur padprik, ayam goreng berempah dan kuih raya.











Selesai sudah sesi ziarah, kitaorang bergerak pulang ke rumah masing-masing lebih kurang jam 6.45 petang. Alhamdulillah Abah selamat sampai ke rumah dan solat Maghrib di rumah.

Sepanjang perjalanan tadi sebenarnya ada sebuat kisah sedih. Kitaorang tak dapat nak siarkan video ride kitaorang. Huhu. Rest In Peace buat kamera SJ4000 milik sahabat abah kerana telah jatuh dan pecah berderai ketika dalam perjalanan pergi. Hanya body kamera sahaja yang sempat Abah selamatkan. Bateri, memory card dan lain-lain lagi musnah dilanggar oleh kenderaan-kenderaan yang tidak bersalah kerana mereka tidak tahu. Huhu.


Apapun, ingatan untuk kita semua, janganlah kita terlalu berseronok kerana waktu itu kita mungkin akan lupa pada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah SWT agar sentiasa mengingatkan kita supaya sentiasa berada di jalan yang lurus walaupun peringatan itu menyakitkan kita.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Friday, September 5, 2014

Sabtu 06092014 : Hari BZ Abah

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kehadrat Ilahi di atas segala kurniaan dan nikmatNya kepada kita. Hendaklah kita senantiasa berasa takut kalau-kalau Allah SWT sudah tidak memperdulikan kita dengan sentiasa melakukan amalan-amalan ibadah samaada yang wajib mahupun yang sunat.

Arrggh! Hari ini abah betul-betul BZ. Kena dengan nama jolokan Abah ni, program hari sabtu Abah ni memang agak penuh. Abah kena menduduki peperiksaan online SPA untuk permohonan jawatan Penguasa Kastam W41 dari jam 9 hingga 12. Tolong doakan kejayaan Abah.


Sebaik sahaja habis exam ni, Abah golekkan BabyZ Abah ke Medan MARA untuk sesi TTS bersama-sama rakan rider Abah ke Cendol Bakar Kuala Selangor. Cadangan waktu tayar golek adalah pada pukul 2 petang. Macam yang Abah dah bagitau sebelum-sebelum ini, Abah bukannya jenis orang yang suka membuang masa. Sesi TTS kali ini adalah juga di selitkan sesi melawat rumah rakan yang baru menyambut kelahiran bayi pertamanya. 

Selain itu, Abah harap aktiviti ini dapat merapatkan ukhwah sesama Abah dan rakan-rakan rider samaada yang telah kenal dan bakal abah kenali. Abah suka berkawan dan suka juga banyak kawan. Jadi kalau ada sesiapa yang nak berkawan dengan Abah tu jangan malu-malu ek. Doakan juga perjalanan Abah ke sana ek. Abah harap akan sampai ke rumah sebelum Maghrib. In Shaa Allah.

Apapun aktiviti yang kita rancang dan lakukan pada hari ini, biarlah ianya bermakna dan memberi manfaat dan bukannya sesuatu yang sia-sia. Allah SWT benci jika hambaNya melakukan perkara-perkara yang sia-sia. Akhir kata, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukar Sekadar Blog Rider...

Monday, August 18, 2014

Gunting Rambut, Kekemasan Diri

Assalamualaikum WBT, meh kita coret2 lagi. Rambut abah dah berserabut, rambut anak2 apatah lagi. Rambut raya la katakan(rambut tak sempat nak potong sebab sibuk beraya), walaupun dahi depan abah dah semakin luas.
Tapi takpe, ada rambut ke atau takde rambut yang penting penampilan sentiasa kemas dan rapi. Islam mementingkan kebersihan, jadi rasanya kena la kita gunting rambut tu kalau dah ala ala serabai(serabut).
Imej kemas dan rapi ni penting di dalam ciri2 pendakwah Islam masakini. Kita berada di dalam satu zaman di mana fesyen dah tak mengenal usia dan geografi (ada kena mengena ker? Ada tu, cuba fikir2kan). Kalau kita nak berdakwah tentang Islam dengan sesiapa sekalipun, kebanyakan orang mesti akan pandang kita dari atas ke bawah. Kebanyakan yer, tak semua.
Kalau kita kemas, mesti senang nak mendekati dan didekati orang. Dan dengan ini mudah untuk kita mengajak orang ke jalan Allah SWT. Apapun penampilan diri kita masing2, yang penting kita kena sentiasa bersyukur dan mempertingkatkan amalan kita untuk menuju Jannah. Subhanallah.
Ride tu Ride Jugak, Jangan Lupe Beramei(Beramal)...