Showing posts with label Gajet. Show all posts
Showing posts with label Gajet. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Kunci BabyZ Abah Hilang?

Assalamualaikum WBT. Bagaimana kalau kunci motor kita hilang, atau kita tak sedar yang kita tertinggal kunci motor kita dekat motor. Bila kita patah balik ke parking motor, kita dapati yang motor kita dah hilang. Tak dapat nak digambarkan perasaan waktu itu.

Motor BabyZ Abah

Sebelum Abah nak sambung cerita, marilah kita mulakan sesi bersama Abah ini dengan selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana kita sentiasa mendapat hadiah dan nikmat dariNya.

Ini cerita pagi tadi. Disebabkan hujan rahmat yang turun menyejukkan bumi KL ini, Abah pergi ke tempat kerja menggunakan aksesori tambahan iaitu baju hujan. Di atas faktor jalan yang licin dan kereta yang banyak di atas jalan, Abah menggunakan kelajuan yang agak berpatutan untuk menjaga keselamatan diri ini. Disebabkan pandu perlahan, Abah sampai agak lewat daripada biasa iaitu jam 7(sebenarnya masih awal sebab Abah masuk kerja pukul 7.30 pagi).

Ditengah kesibukan mengejar masa sambil melipat baju hujan yang dipakai tadi dan masa yang seakan-akan tiba-tiba memecut, dengan segeralah juga Abah sumbat baju hujan dalam beg dan terus naik ke pejabat untuk punch card. Aktiviti kerja seharian Abah pun bermula dengan sibuknya. Tepat jam 10 ketika Abah nak masuk mesyuarat, barulah Abah teringat akan status kunci motor. Raba-raba poket seluar, yang ada hanyalah kunci rumah. Apa lagi, kepanikan mula melanda sebab memang Abah akan letak kunci motor di dalam poket seluar dan hari ini ianya tiada.

Setelah bergegas ke parking motor untuk cari kunci takut-takut tertinggal di motor, Abah bergegas pula ke pejabat semula untuk cari kunci tersebut di dalam poket jaket motor. Masih juga tiada. Jeng Jeng Jeng. Setelah 15 minit berlalu dengan mesyuarat pun telah bermula, baru Abah terfikir yang kenapa kunci rumah yang sepatutnya berada di dalam beg galas berada di dalam poket seluar?

Fuhhhh! Perrrgh! Lega! Rupa-rupanya di dalam kekalutan pagi tadi Abah yang sepatutnya simpan kunci rumah di dalam beg galas telah tertukar dengan kunci motor. Selamat kunci dan motor Abah. Terkesan dari peristiwa ini, member Abah menyarankan Abah supaya membeli satu alat ni yang diberi nama Anti Lost Alarm. Kat bawah ni dia share link video pasal gajet ni.


Ada satu lagi yang best dan nampak hensem sikit kalau pakai macam video kat bawah ni.



Member Abah ni kalau korang nak tahu memang seorang pakar pencari barang di internet. Bila Abah tanya nak beli kat mana, dia cadang Abah beli kat Alarm Disc Lock PadLock di facebook ni. Harga yang mamat ni jual pun agak murah berbanding yang lain yang ada kat pasaran sekarang ni la. Siap ada jual macam-macam kunci yang ber alarm dan boleh pos lagi. Nak try beli satu la. Kalau korang berminat, korang check sendiri la akaun facebook dia tu ek. Sebut la yang korang dapat tau pasal benda ni dari AbahBZ ek. Manalah tau kut-kut dia boleh bagi diskaun ker?

Biar apapun yang kita lakukan dalam pekerjaan kita sehari-harian, biarlah kita sentiasa Istiqamah. Mulakan dengan Bismillah dan pasang niat kerana Allah SWT. In Shaa Allah berkat hidup kita. Ingat, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Monday, September 8, 2014

Kita Tidak Selamat Menggunakan Android?

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan sentiasa panjatkan kesyukuran kita kehadrat Allah SWT. Ini ada satu lagi perkongsian menarik yang Abah nak kongsi buat panduan kita bersama.

Kajian terbaru menunjukkan Instagram, Grindr, OkCupid dan banyak aplikasi Android lain gagal untuk mengambil langkah-langkah asas untuk melindungi data pengguna mereka, meletakkan privasi mereka pada risiko.


Penemuan dari Cyber Forensics Research and Education Group (UNHcR) Universiti New Haven, pada awal tahun ini mendapati terdapat kelemahan dalam aplikasi pesanan WhatsApp dan Viber.

Kali ini, mereka kembangkan lagi analisis mereka kepada dengan lebih luas  ke aplikasi-aplikasi Androidyang lain untuk mencari kelemahan yang boleh meletakkan data kita pada risiko dipintas/dicuri. Kumpulan itu akan mengeluarkan satu post video di saluran YouTube bagi mengetengahkan penemuan mereka, yang mereka katakan boleh memberi kesan ke atas dari 1 bilion pengguna.


Para penyelidik menggunakan aplikasi analisis trafik seperti Wireshark dan NetworkMiner untuk melihat apakah data yang terlibat apabila sesuatu tindakan.posting dilakukan. Yang mana ianya mendedahkan bagaimana dan di mana aplikasi telah menyimpan dan menghantar datanya.

Aplikasi Facebook Instagram, sebagai contoh, masih mempunyai imej kekal di pelayan masing-masing yang tidak diencrpyt dan boleh diakses tanpa kebenaran. Masalah yang sama juga dikesan dalam aplikasi seperti OoVoo, MessageMe, Tango, Grindr, HeyWire dan TextPlus apabila gambar telah dihantar dari satu pengguna yang lain.

Perkhidmatan tersebut telah menyimpan kandungan dengan jelas "http" link, yang kemudiannya dihantar kepada penerima. Tetapi masalahnya ialah jika "sesiapa mendapat akses kepada link ini, ia bermakna mereka boleh mendapatkan akses kepada imej yang dihantar. Pengendali perkhidmatan sepatutnya perlu memastikan bahawa imej-imej segera dipadamkan dari pelayan mereka atau hanya pengguna hanya yang disahkan boleh mendapatkan akses.


Banyak aplikasi juga tidak encrpyt log chat pada peranti, termasuk OoVoo, KIK, Nimbuzz dan MeetMe. Yang menimbulkan risiko jika seseorang kehilangan peranti mereka.

Sesiapa yang mendapat akses kepada telefon anda boleh akses backup dan melihat semua mesej chat yang telah dihantar balik dan sebagainya. Aplikasi lain juga tidak encrypt log chat pada server mereka.

Satu lagi penemuan penting adalah berapa banyak aplikasi sama ada tidak menggunakan SSL / TLS (Secure Socket Layer / Transport Security Layer) atau secara tidak selamat menggunakannya, yang melibatkan penggunaan sijil digital untuk encrypt trafik data.


Penggodam boleh memintas trafik tak di encrypt melalui Wi-Fi jika mangsa adalah di tempat awam, yang dipanggil serangan man-in-the-middle. SSL / TLS dianggap langkah keselamatan asas, walaupun dalam keadaan tertentu ia boleh dibatalkan.

Aplikasi OkCupid, yang digunakan oleh kira-kira 3 juta orang, tidak encrypt perbualan melalui SSL. Dengan hanya menggunakan traffic sniffer, penyelidik dapat melihat segalanya.

Cerita ini, "aplikasi Android gagal ujian keselamatan asas, meletakkan privasi berisiko" pada asalnya diterbitkan oleh IDG News Service.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Saturday, August 30, 2014

Bagaimana Mencari Device Atau Handphone Android Yang Hilang?

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Syukur ke Hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada kita. Jangan pernah kita berpaling dari mengingatiNya kerana jika Allah SWT berpaling dari kita, maka celakalah kita.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia kita yang tercinta yang ke 57. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, itulah tema kemerdekaan untuk tahun ini. Merdekakah kita? Tepuk dada dan tanya pada diri sendiri. Mungkin next post abah adalah berkaitan dengan Hari Merdeka sebab untuk pengetahuan semua, abah ni anak merdeka. 

Di hari ini, abah nak berkongsi satu tips untuk kegunaan kita semua yang menggunakan peranti berasaskan android. Bagaimana kalau handphone android anda hilang? Atau tablet android anda hilang? Ini adalah salah satu cara untuk mengesannya. Jika sebelum ini pengguna-pengguna IOS berasa lega kerana mereka mempunyai aplikasi untuk mengesan di manakah peranti IOS mereka jika hilang. Kini pengguna-pengguna peranti berasaskan android boleh menarik nafas lega kerana kita juga boleh mencari, mengunci atau memadam segala isi dan tetapan yang ada di dalam peranti android kita.

Berikut biar abah cerita caranya. Buka pelayar internet anda atau browser internet anda. Dalam kes abah ni, abah guna chrome sebab mudah kalau nak google dan ianya agak ringan berbanding pelayar atau browser lain. Taip atau cari "ANDROID DEVICE MANAGER" menggunakan google seperti rajah di bawah.


Setelah dapat hasil carian seperti di bawah, sila klik pada pautan yang abah dah bulatkan dengan bulatan merah tu ataupun anda boleh klik pada LINK INI untuk shortcut terus ke web berkenaan. Abah tak taip linknya kat sini takut korang pening nak taip semula. Cuma klik jer link di atas atau ikut cara yang abah dah bagitau tadi..


Anda perlu masukkan ID google yang anda gunakan semasa anda daftar peranti android anda. Selalunya ID yang biasa digunakan adalah ID emel anda. Daftar masuk atau Sign In dan anda akan di bawa masuk ke antaramuka atau interface pada rajah berikut.


Mudah bukan? Jika anda lihat pada antaramuka yang berlatarbelakangkan peta ini, terdapat satu kotak yang memaparkan model telefon anda beserta dengan fungsi pilihan iaitu samaada anda hendak membunyikan peranti anda atau Ring your device, Kunci dan padam segala tetapan yang ada di dalam peranti anda atau enable lock and erase dan akhir sekali adalah fungsi untuk lokasi peranti anda atau locate your device. Kotak ni ada di sebelah atas kiri peta tersebut.


Untuk pengetahuan semua, peranti anda hendaklah diaktifkan GPS atau LOCATION nya sebelum fungsi-fungsi ini boleh dimanfaatkan. Abah sarankan kita ON kan sahaja fungsi tersebut sepanjang masa untuk kemudahan kita dikemudian hari. Antara fungsi yang abah dah test adalah fungsi ring yang akan membunyikan telefon kita di mana kegunaannya adalah apabila kita terlupa di mana kita letak peranti kita. fungsi locate juga tidak kurang hebatnya apabila kita boleh melihat di mana lokasi peranti kita berada iaitu di dalam satu radius kawasan di atas peta dan kita boleh mengesannya sekiranya kita hendak mencari peranti kita yang hilang atau dicuri.

Apapun, sekian dulu untuk tips dan panduan dari abah. Korang cubalah sendiri ek. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal), Bukan Sekadar Blog Rider...