Wednesday, September 3, 2014

Privasi Kita Boleh Diceroboh Dengan iCloud, Apple. Selamatkah Kita?

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Syukur kehadrat Ilahi kerana kita senantiasa diberi barakah dan nikmat yang tak terhingga oleh Allah SWT untuk kita nikmati tanpa kita sedari. Hari ini abah nak bincang tentang keselamatan privasi kita jika menggunakan akaun iCloud bagi pengguna-pengguna produk Apple.


Terkini, hackers atau penggodam telah menceroboh atau menggodam berpuluh-puluh akaun iCloud milik artis-artis terkenal dunia yang menyebabkan beberapa barangan milik peribadi dicuri seperti gambar XXX milik peribadi artis tersebut.

Berikut adalah 5 perkara yang anda patut tentang apa yang telah terjadi :

  1. Siapa Yang Di Godam?
    Terkini terdapat lebih 100 selebriti wanita dan seorang selebriti lelaki yang akaunnya telah digodam. Kebanyakan gambar XXX mereka yang dicuri telah tersebar luas di media-media sosial. Kat sini abah taknak sebut nama artis-artis berkenaan. Kalau nak, korang google sendiri ek. Abah tak minat.
  2. Kenapa Selebriti Menyimpan Gambar XXX Mereka Di Dalam Handphone Mereka?
    Sebenarnya tak ada jawapan yang khusus untuk ini, mungkin atas alasan cinta kut. Mungkin. Cinta Jarak Jauh ker. Kadang-kadang mungkin secara tak sengaja dan mereka tidak tahu yang iCloud akan backup sendiri segala data yang ada di dalam handphone mereka.
  3. Bagaimana Godam Ini Terjadi?Penggodam nampaknya mengambil kesempatan daripada kecacatan keselamatan dalam perkhidmatan sandaran dalam talian Apple, iCloud. Banyak perkhidmatan dalam talian sekarang ini akan lock setelah beberapa kali gagal untuk log masuk, tetapi tidak bagi Apple "Cari My iPhone" app dan iCloud.
    Tetapi dengan tekaan yang tidak terhad, program komputer boleh menjana dan menguji ribuan kata laluan potensi macam yang kita tengok dalam filem-filem tu. Kecenderungan ramai orang untuk memilih kata laluan yang lemah dan menggunakan kata laluan yang sama bagi setiap perkhidmatan jugak membantu hacker-hacker memudahkan kerja mereka. Orang mungkin tidak akan perasan yang akaun mereka telah dikompromi atau digodam.
    Satu lagi perkara yang menjadikan orang terkenal lebih terdedah adalah Wikipedia dan banyak laman web yang lain memberikan maklumat biografi yang boleh membantu penggodam meneka jawapan kepada soalan keselamatan. 
  4. Bagaimana Kita Nak Mempertahankan Privasi Kita Dari Diceroboh?Belajar daripada kelemahan dan kecuaian yang telah dinyatakan tadi sebagai panduan.
    Pilih katalaluan yang kuat dan sukar untuk diteka. Pilih juga katalaluan yang panjang dan multi aksara. Ada variasi katalaluan untuk akaun e-mel yang berbeza, akaun bank dan aplikasi. Jika seseorang itu digodam, taklah semuanya terkena.
    Pelbagai perkhidmatan, termasuk Apple, menawarkan pilihan untuk pengesahan katalaluan. Selepas anda memasukkan kata laluan tetap anda, anda akan diminta untuk kata laluan sementara kedua atau nombor yang dijana secara automatik dan dihantar kepada anda dalam mesej teks.
    Penggodam tidak akan dapat untuk mengakses gambar atau fail kita melainkan jika dia ada handphone kita.
    Satu lagi perlindungan adalah kesedaran bahawa walaupun kita dah padam foto atau video dari iPhone, ia mungkin disokong oleh iCloud. Perkhidmatan ini membolehkan kita untuk mengakses imej pada semua peranti apple kita, ini bermakna ianya tidak sepenuhnya dipadam.
  5. Apakah Hukuman Yang Patut Diterima Oleh Hacker?
    Fikirlah sendiri ek tentang kesan dan akibatnya pada orang lain dan buat keputusan sendiri.

Apapun yang telah terjadi di dalam era teknologi canggih masa kini, berpeganglah kita pada syariat dan hukum Allah yang telah menggariskan panduan dan pedoman jidup buat ikutan kita. In Shaa Allah kita takkan terjebak ke dalam masalah-masalah yang kita baca ni. Sekian dulu dari abah dan terima kasih kerana membaca. Sama-samalah kita berkongsi ilmu. Berita ini abah petik dari CNN.

Ingat ek. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei (Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...


No comments:

Post a Comment