Sunday, August 31, 2014

Shabu Shabu Ipoh Perak, Jom Makan Steambot Buffet.

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas kurniaan dan nikmatNya kepada kita. Jangan lupa untuk terus berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT agar kita memperolehi kebaikan daripadaNya.

30 Ogos 2014, beberapa jam sebelum ketibaan ambang merdeka bagi tahun 2014. Abah on the way ke Ipoh bersama-sama dengan niat murni untuk belanja parent makan malam. Pilihan telah ditetapkan dari awal iaitu nak ke Shabu Shabu Ipoh iaitu restoren Steambot Buffet. Disebabkan hujan yang lebat sepanjang jalan, terpaksalah abah dan family tersangkut di dalam kesesakan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan PLUS menuju ke Ipoh.


Dalam kepenatan yang tidak dapat dibayangkan kerana sebelum itu, pada paginya abah keluar ride dengan mama naik ke Genting dan pergi basuh motor di Bikers Spa & Cafe(Dijemput baca post yang sebelum ini ek). Akhirnya kami sampai ke lokasi. Di bawah ni abah pastekan petanya. Jangan terkejut pulak dengan nama dalam peta tu. Memang dulu nama tempat tu kampar restaurant (Signboard di simpan jalannya pun masih menggunakan nama tersebut) tapi sekarang memang ada restoren Shabu Shabu tu(Google map tak update peta lagi).


View Larger Map



Agak berbaloi jugaklah harganya kalau kita nak bandingkan dengan keselesaan, kemudahan dan range pilihan makanannya yang memang abah rasa korang semua takkan mampu untuk rasa kesemuanya. Hanya satu kekurangan yang abah rasa tiada di tempat ini berbanding di tempat lain yang mengikuti trend terkini adalah tempat untuk kita membakar atau grill sendiri lauk-pauk kita. Akan tetapi mereka menyediakan satu ruangan di luar di mana kita hanya perlu memilih bahan-bahan makanan yang hendak kita grill dan petugas restoren akan tolong bakarkan dan hantar ke meja kita.


Sememannya puas hati dan berbaloi sebab sehinggakan char koey teow dan satay pun ada. Harga bagi orang dewasa adalah sebanyak RM35 satu kepala dengan pilihan 2 jenis kuah. Untuk maklumat lanjut, korang google jer tentang Shabu Shabu Ipoh ni ek(Abah cerita ni pun free jer tak kena bayar pun, hehe). Yang selebihnya korang tengok sendirilah gambar-gambar yang sempat abah snap ek. Abah datang sini pun sebab nak makan, bukan nak bergambor. Restoren ini jugak menyediakan surau di tingkat atas untuk kita menunaikan tuntutan wajib kita iaitu solat fardu. Makan tu makan jugak, jangan lupa solat ek.





Selesai sudah menjamu selera, tibalah masa untuk abah dan family pulang beradu di rumah mak abah. Pesan abah pada semua, jika kita mampu atau paling mudah sekali ialah ikut kemampuan kita, sekali sekala tu bawaklah kedua ibu bapa kita keluar makan untuk merehatkan dan menggembirakan hati mereka. Menggembirakan hati kedua ibu bapa adalah tuntutan dan saranan Rasulullah SAW kerana tanpa mereka kita takkan ada di dunia ini untuk mengimarahkan bumi ini. Asalkan cara kita tu masih lagi berlandaskan syariat dan hukum Allah SWT.

Beringatlah semua ek, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

No comments:

Post a Comment