Thursday, August 28, 2014

Les Oliviers, Hidangan Ala Maghribi.

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya yang tak terkira kepada kita. Kali ini abah nak buat review tentang sebuah Restoren yang diberi nama Les Oliviers.

First impression apabila dengar sahaja namanya tentu kita akan anggap yang harga hidangan di sini tentunya mahal. Ternyata tanggapan itu meleset sama sekali bila abah lihat pada menunya. Harganya agak berbaloi dan kebanyakan orang pasti mampu untuk singga dan makan di sini.

Apa yang abah suka tentang restoren ini adalah suasana ruang makannya yang agak selesa kerana ianya terletak di dalam Kompleks Beli Belah Maju Junction yang sepenuhnya berhawa dingin. Ruangan, susunan dan hiasan kedainya amat selesa untuk apa jua occasion yang kita harapkan. Nak bersama keluarga, kawan-kawan mahupun bersama couple, semuanya boleh.


Tentang menunya pula, terdapat banyak pilihan makanan ala Maghribi atau lebih mudahnya ala campuran Afrika dan Arab. Pilihan abah untuk percubaan kali pertama di sini adalah Chicken Shawarma yang baru bernilai hanya RM8.90 sahaja termasuk teh o ais limau. Jangkaan awal abah adalah abah akan mendapat hidangan tersebut dalam saiz yang kecil dan ternyata sekali lagi ianya meleset kerana saiz Shawarmanya adalah agak besar dan mengenyangkan.

Dihidangkan bersama-sama dengan sayuran ala salad dan kentang goreng bersama-sama dengan mayonis dan sos cili, semestinya membangkitkan selera sipenjamunya. Anda lihat dan nilailah sendiri gambar hidangan yang abah order ni. Sungguh menyelerakan dan pasti puas hati. 



Kini, abah dan kawan-kawan dah ada tempat lepak baru untuk lunch. Apapun, di dalam kita menikmati hidangan ni, ingatlah orang yang lebih susah dari kita yang tak mampu nak makan apa yang kita makan. Jangan membazir dan pesan apa yang perlu sahaja. Pesan Rasulullah SAW, Makan Ketika Kita Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang...

Ingat, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

No comments:

Post a Comment