Sunday, August 31, 2014

Shabu Shabu Ipoh Perak, Jom Makan Steambot Buffet.

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas kurniaan dan nikmatNya kepada kita. Jangan lupa untuk terus berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT agar kita memperolehi kebaikan daripadaNya.

30 Ogos 2014, beberapa jam sebelum ketibaan ambang merdeka bagi tahun 2014. Abah on the way ke Ipoh bersama-sama dengan niat murni untuk belanja parent makan malam. Pilihan telah ditetapkan dari awal iaitu nak ke Shabu Shabu Ipoh iaitu restoren Steambot Buffet. Disebabkan hujan yang lebat sepanjang jalan, terpaksalah abah dan family tersangkut di dalam kesesakan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan PLUS menuju ke Ipoh.


Dalam kepenatan yang tidak dapat dibayangkan kerana sebelum itu, pada paginya abah keluar ride dengan mama naik ke Genting dan pergi basuh motor di Bikers Spa & Cafe(Dijemput baca post yang sebelum ini ek). Akhirnya kami sampai ke lokasi. Di bawah ni abah pastekan petanya. Jangan terkejut pulak dengan nama dalam peta tu. Memang dulu nama tempat tu kampar restaurant (Signboard di simpan jalannya pun masih menggunakan nama tersebut) tapi sekarang memang ada restoren Shabu Shabu tu(Google map tak update peta lagi).


View Larger Map



Agak berbaloi jugaklah harganya kalau kita nak bandingkan dengan keselesaan, kemudahan dan range pilihan makanannya yang memang abah rasa korang semua takkan mampu untuk rasa kesemuanya. Hanya satu kekurangan yang abah rasa tiada di tempat ini berbanding di tempat lain yang mengikuti trend terkini adalah tempat untuk kita membakar atau grill sendiri lauk-pauk kita. Akan tetapi mereka menyediakan satu ruangan di luar di mana kita hanya perlu memilih bahan-bahan makanan yang hendak kita grill dan petugas restoren akan tolong bakarkan dan hantar ke meja kita.


Sememannya puas hati dan berbaloi sebab sehinggakan char koey teow dan satay pun ada. Harga bagi orang dewasa adalah sebanyak RM35 satu kepala dengan pilihan 2 jenis kuah. Untuk maklumat lanjut, korang google jer tentang Shabu Shabu Ipoh ni ek(Abah cerita ni pun free jer tak kena bayar pun, hehe). Yang selebihnya korang tengok sendirilah gambar-gambar yang sempat abah snap ek. Abah datang sini pun sebab nak makan, bukan nak bergambor. Restoren ini jugak menyediakan surau di tingkat atas untuk kita menunaikan tuntutan wajib kita iaitu solat fardu. Makan tu makan jugak, jangan lupa solat ek.





Selesai sudah menjamu selera, tibalah masa untuk abah dan family pulang beradu di rumah mak abah. Pesan abah pada semua, jika kita mampu atau paling mudah sekali ialah ikut kemampuan kita, sekali sekala tu bawaklah kedua ibu bapa kita keluar makan untuk merehatkan dan menggembirakan hati mereka. Menggembirakan hati kedua ibu bapa adalah tuntutan dan saranan Rasulullah SAW kerana tanpa mereka kita takkan ada di dunia ini untuk mengimarahkan bumi ini. Asalkan cara kita tu masih lagi berlandaskan syariat dan hukum Allah SWT.

Beringatlah semua ek, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Saturday, August 30, 2014

Bagaimana Mencari Device Atau Handphone Android Yang Hilang?

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Syukur ke Hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada kita. Jangan pernah kita berpaling dari mengingatiNya kerana jika Allah SWT berpaling dari kita, maka celakalah kita.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia kita yang tercinta yang ke 57. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, itulah tema kemerdekaan untuk tahun ini. Merdekakah kita? Tepuk dada dan tanya pada diri sendiri. Mungkin next post abah adalah berkaitan dengan Hari Merdeka sebab untuk pengetahuan semua, abah ni anak merdeka. 

Di hari ini, abah nak berkongsi satu tips untuk kegunaan kita semua yang menggunakan peranti berasaskan android. Bagaimana kalau handphone android anda hilang? Atau tablet android anda hilang? Ini adalah salah satu cara untuk mengesannya. Jika sebelum ini pengguna-pengguna IOS berasa lega kerana mereka mempunyai aplikasi untuk mengesan di manakah peranti IOS mereka jika hilang. Kini pengguna-pengguna peranti berasaskan android boleh menarik nafas lega kerana kita juga boleh mencari, mengunci atau memadam segala isi dan tetapan yang ada di dalam peranti android kita.

Berikut biar abah cerita caranya. Buka pelayar internet anda atau browser internet anda. Dalam kes abah ni, abah guna chrome sebab mudah kalau nak google dan ianya agak ringan berbanding pelayar atau browser lain. Taip atau cari "ANDROID DEVICE MANAGER" menggunakan google seperti rajah di bawah.


Setelah dapat hasil carian seperti di bawah, sila klik pada pautan yang abah dah bulatkan dengan bulatan merah tu ataupun anda boleh klik pada LINK INI untuk shortcut terus ke web berkenaan. Abah tak taip linknya kat sini takut korang pening nak taip semula. Cuma klik jer link di atas atau ikut cara yang abah dah bagitau tadi..


Anda perlu masukkan ID google yang anda gunakan semasa anda daftar peranti android anda. Selalunya ID yang biasa digunakan adalah ID emel anda. Daftar masuk atau Sign In dan anda akan di bawa masuk ke antaramuka atau interface pada rajah berikut.


Mudah bukan? Jika anda lihat pada antaramuka yang berlatarbelakangkan peta ini, terdapat satu kotak yang memaparkan model telefon anda beserta dengan fungsi pilihan iaitu samaada anda hendak membunyikan peranti anda atau Ring your device, Kunci dan padam segala tetapan yang ada di dalam peranti anda atau enable lock and erase dan akhir sekali adalah fungsi untuk lokasi peranti anda atau locate your device. Kotak ni ada di sebelah atas kiri peta tersebut.


Untuk pengetahuan semua, peranti anda hendaklah diaktifkan GPS atau LOCATION nya sebelum fungsi-fungsi ini boleh dimanfaatkan. Abah sarankan kita ON kan sahaja fungsi tersebut sepanjang masa untuk kemudahan kita dikemudian hari. Antara fungsi yang abah dah test adalah fungsi ring yang akan membunyikan telefon kita di mana kegunaannya adalah apabila kita terlupa di mana kita letak peranti kita. fungsi locate juga tidak kurang hebatnya apabila kita boleh melihat di mana lokasi peranti kita berada iaitu di dalam satu radius kawasan di atas peta dan kita boleh mengesannya sekiranya kita hendak mencari peranti kita yang hilang atau dicuri.

Apapun, sekian dulu untuk tips dan panduan dari abah. Korang cubalah sendiri ek. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal), Bukan Sekadar Blog Rider...

Singgah Di Bikers Spa & Cafe

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sentiasa la kita panjatkan kesyukuran kita kehadrat Ilahi di atas segala kurniaaNya ke atas kita. Coret-coret kali ini abah nak bercerita tentang pengalaman pertama abah menghantar BabyZ kesayangan abah ini ke Spa.

Bikers Spa & Cafe yang terletak di Wangsa Setia ini menyediakan perkhidmatan Spa untuk motor. Abah sendiri pun tak pernah masuk Spa, tetapi motor abah yang merasa dulu.Sebenarnya Spa motor ini ada macam-macam perkhidmatan dan perkhidmatan yang paling utamanya adalah macam biasa, cuci motorlah.

Sebab apa abah hantar motor abah untuk cuci di sini adalah kerana tahap kemalasan abah yang melampau apabila tiba masa untuk mencuci sproket dan rantai. Di Bikers Spa ini, diorang yang buat semuanya. Dari basuh motor sampailah ke cuci dan kilatkan helmet. Untuk cucian kategori Fast ni, abah kena RM25. Memang berbaloi bila tengok macamana diorang godek motor abah sampai berkilat.

Sebelum ke sini, abah pergi sarapan dulu di genting dengan mama. Kitaorang dating harini. Sempat jugak la snap dua tiga gambar buat kenangan. Turun dari Gentinglah abah bawak mama merempit ikut Highway Karak. Dari situ, kitaorang terus masuk MRR2 dan sampai la kami ke Spa ni.

Akhir kata buat sahabat-sahabat bikers semua, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)..Bukan Sekadar Blog Rider...






Thursday, August 28, 2014

Les Oliviers, Hidangan Ala Maghribi.

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya yang tak terkira kepada kita. Kali ini abah nak buat review tentang sebuah Restoren yang diberi nama Les Oliviers.

First impression apabila dengar sahaja namanya tentu kita akan anggap yang harga hidangan di sini tentunya mahal. Ternyata tanggapan itu meleset sama sekali bila abah lihat pada menunya. Harganya agak berbaloi dan kebanyakan orang pasti mampu untuk singga dan makan di sini.

Apa yang abah suka tentang restoren ini adalah suasana ruang makannya yang agak selesa kerana ianya terletak di dalam Kompleks Beli Belah Maju Junction yang sepenuhnya berhawa dingin. Ruangan, susunan dan hiasan kedainya amat selesa untuk apa jua occasion yang kita harapkan. Nak bersama keluarga, kawan-kawan mahupun bersama couple, semuanya boleh.


Tentang menunya pula, terdapat banyak pilihan makanan ala Maghribi atau lebih mudahnya ala campuran Afrika dan Arab. Pilihan abah untuk percubaan kali pertama di sini adalah Chicken Shawarma yang baru bernilai hanya RM8.90 sahaja termasuk teh o ais limau. Jangkaan awal abah adalah abah akan mendapat hidangan tersebut dalam saiz yang kecil dan ternyata sekali lagi ianya meleset kerana saiz Shawarmanya adalah agak besar dan mengenyangkan.

Dihidangkan bersama-sama dengan sayuran ala salad dan kentang goreng bersama-sama dengan mayonis dan sos cili, semestinya membangkitkan selera sipenjamunya. Anda lihat dan nilailah sendiri gambar hidangan yang abah order ni. Sungguh menyelerakan dan pasti puas hati. 



Kini, abah dan kawan-kawan dah ada tempat lepak baru untuk lunch. Apapun, di dalam kita menikmati hidangan ni, ingatlah orang yang lebih susah dari kita yang tak mampu nak makan apa yang kita makan. Jangan membazir dan pesan apa yang perlu sahaja. Pesan Rasulullah SAW, Makan Ketika Kita Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang...

Ingat, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Wednesday, August 27, 2014

Oh Ibu, Al Fatihah Untukmu.

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Baginda SAW. Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana terlalu banyak nikmat yang kita perolehi dariNya sehingga ke saat ini. Jangan pernah kita untuk lupa melafazkan Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur kita kepadaNya.



Di tengah kesibukan kita mencari rezeki ini, pernah tak kita tertanya. Apa yang mak tengah buat sekarang ini? Mak aku sihat ker? Mak dah makan ker? Sebab soalan-soalan ini adalah antara ribuan soalan yang akan sentiasa bermain difikiran dan hati setiap ibu terhadap anaknya. Kita juga wajib merasakan apa yang mereka rasa.

Jangan terkejut dengan tajuk yang abah coret tu. Mak abah masih sihat wal afiat di kampung sana. Bagi yang tidak tahu, kita kena tahu yang bahawa sedekahkan Al Fatihah itu, bukanlah semata-mata untuk mereka yang telah tiada tetapi juga untuk mereka yang masih hidup. Jom kita amalkan setiap hari. Paling kurang 7 kali Al Fatihah diwaktu pagi dan 7 kali sebelum tidur. Kita sedekahkan buat :
  1. Nabi Muhammad SAW
  2. Sahabat2 Baginda SAW
  3. Para Ulama dan Ilmuan Islam
  4. Para Mujahidin
  5. KEDUA IBU DAN BAPA KITA
  6. Isteri dan anak2(Ahli Keluarga Kita)
  7. Seluruh Umat Islam
Bolehkan?

Kesian pada ibu kita yang sentiasa teringatkan kita. Apa kata kita ambil peluang cuti hujung minggu untuk balik bertemu dengan ibu kita. Tatap wajah ibu, picit badan ibu dan duduk bersama ibu. Temanlah mereka sementara mereka masih ada di bumi ini. Jadi, hujung minggu ni abah tak free untuk ride atau jalan-jalan. Abah nak balik Ipoh jumpa mak.

Jangan lupa ek. Sedekahkan Al Fatihah setiap hari buat ibu kita. Ride Tu Ride Jugak...Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...


Tuesday, August 26, 2014

Yang Dinanti Telah Tiba. Klip Merdeka Ride MARA.

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Moga-moga hidup kita beroleh keberkatan dari-Nya. 

Inilah saat-saat yang abah nantikan selama ini dan tercapai sudah. Jom sama-sama kita layan video yang membosankan ini ek. Manalah tau kut2 berminat jugak ker suatu hari nanti. Lepas ni nak mintak tolong like klip video pendek abah yang akan bakal abah sharekan sebab kita orang join contest #VideoSelfieMerdeka atau #MARAtv. Ajak ibu, ayah, abang, adik, kakak dan kawan2 untuk like sama video tu ek. Ini id instagram abah MUSTAFAM79.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Buat Apa Waktu Maghrib Ni?

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Walaupun kita  tidak dapat bertemu dengan Baginda SAW namun tanamkan perasaan serindu2nya untuk bertemu dengan Baginda SAW kerana itu adalah antara semanis2 rindu yang terbaik akan pernah anda rasai. Jangan pernah lekang dibibir kita ini untuk sekurang2nya berselawat selama 2 minit setiap hari ke atas Nabi Muhammad SAW.

Apa yang anda semua biasa buat waktu2 Maghrib ni? Cinta 200% ? Masih di luar rumah? Hmmm...Bagi yang lelaki tu abah sarankan jom kita ramai2 pergi solat berjemaah di surau atau masjid atau sekurang2nya Maghrib berjemaah bersama2 dengan ahli keluarga kita.


Lepas tu, suruh anak2 kita mengaji, baca Quran, Iqra'. Jangan biarkan diorang tinggalkan amalan ini. Biar amalan ini sebati dalam hidup diorang biarpun bermula dengan paksaan lembut dipermulaannya. Bagi abah, tak perlu kita nak ikutkan sangat ajaran barat yang lebih galakkan kita untuk anak kita menjadi lebih kreatif dengan membiarkan mereka melakukan apa yang mereka minat secara terkawal. Ketegasan terkawal perlu ada. Yang paling penting adalah apa yang terkandung di dalam kitab suci Kalam Allah SWT AlQuran.

In Shaa Allah, abah berani janji dengan anda semua yang anda akan tengok sendiri bagaimana EQ dan IQ anak kita berkembang. Kalau tak nampak hasilnya hari ini, mungkin esok. Kalau bukan esok mungkin lusa. kalau bukan lusa mungkin satu hari yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Janji Allah SWT itu pasti, kita akan dapat untuk apa yang kita usahakan ke jalanNya dan usaha kita ini hendaklah disertakan dengan kesabaran dan tawakkal.

Kalau kita belum memperolehi apa2 kejayaan hari ini, mungkin disebabkan Allah SWT tahu yang kita masih belum bersedia untuk menerima kejayaan tersebut. Kita akan menempuh kejayaan itu setelah kita benar2 bersedia. Percayalah ek. Abah harap blog ini kekal selamanya untuk rujukan sesiapa sahaja termasuklah anak2 abah dan sampaikan pada mereka yang tidak berkesempatan untuk mengetahuinya.

Abah nak ingatkan jugak hehe.. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)... Bukan sekadar Rider...

Monday, August 25, 2014

Temuduga, Interview, Ini Pengalaman Saya.

Assalamualaikum WBT, mari sama2 kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat lagi kita bertemu di dalam coretan POT PET abah dalam kisah AbahBZ kali ini. Sebelum itu, eloklah kita mulakan dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Hari ini abah nak cerita pasal pengalaman abah yang pergi interview atau dalam bahasa melayunya temuduga. Almaklumlah, dah tua2 ni bila pergi interview rasa agak sedikit terkebelakang sebab nak kena bersaing dengan budak2 muda yang energetik. Tapi jangan risau, abah macam biasa jer. Cool and steady(walaupun dalam hati ni hanya Allah yang tahu berdegap berdegup kencangnya).

Sebagai seorang rider newbie, abah kenalah biasa2kan diri untuk menunggang BabyZ abah tu kalau nak ke mana2. Seawal jam 5.30 pagi abah dah golekkan tayar menuju ke Jalan Kuching(tempat pertemuan abah dengan member abah yang tahu jalan nak ke MJII Beranang tu). Dan seawal pagi itu jugalah abah bersyukur sebab Allah dan uji abah dengan terpaksa menempuh hujan lebat disepanjang perjalanan dekat area Ulu Yam - Sungai Tua. INGAT KORANG SEMUA, PERASAAN SYUKUR ABAH NI BUKAN MAIN2 SEBAB BILA KITA DIUJILAH BARU KITA TAHU YANG BAHAWA ALLAH MASIH AMBIL TAHU PASAL KITA. KITA PATUT RASA TAKUT YANG AMAT SANGAT KALAU ALLAH SWT BERPALING DARI KITA.

Syukur bila dah nak sampai Sri Gombak hujan pun dah berhenti. Ditengah2 perjalanan abah berhenti solat subuh di tol DUKE tepat jam 6 dan bergerak semula jam 6.10 setelah berdoa pada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan abah hari ini. Bila dah masuk Jalan Kuching, abah singgah isi minyak dan teruskan lagi perjalanan di tempat pertemuan dengan member abah yang tahu jalan tu.

Kami teruskan perjalanan melawan arus jam Kuala Lumpur menuju ke MJII Beranang menggunakan SILK dan LEKAS tepat jam 6.15 dan kami sampai di MJII tepat jam 6.50. Alhamdulillah doa abah dimakbulkan untuk sampai dengan mudah ke tempat interview(gelap2 lagi dah sampai). Dah selesai daftar, mulalah sesi selfie meng selfie(nampak ceria tak abah?, tungguuu...).



Inilah pula wajah sedikit sugul abah setelah tamat sesi pertama, iaitu tugasan individu yang memerlukan setiap calon menyiapkan satu kertas kerja cadangan bagi satu program kepimpinan muda di Dubai(cewah, global tu). Dah rasa frust sikit la tu sebab macam tak berapa puas hati dengan proposal yang abah buat tu. Takpe, abah serahkan pada kabel abah yang nombor satu iaitu yang nun di atas sana. Tawakkal pada Allah SWT.


Maaf kerana abah tak dapat nak siarkan foto abah selepas sesi kedua iaitu sesi temuduga berkumpulan sebab waktu tu dah nampak hodoh sangat dah. Segan nak tunjuk kat orang. Mana taknya, sesi pertama habi jam 9.30 pagi. Sesi kedua pulak bermula lebih kurang dah nak dekat2 pukul 1.30 petang. Pukul berapa nak habis daaa. Ponat den. 

Setelah selesai sesi temuduga untuk abah harini abah selesaikan pula urusan abah dengan Allah SWT iaitu Zohor dan abah beserta member abah bergerak keluar dari MJII Beranang tu lebih kurang pukul 3.30 petang.

Di dalam perasaan yang penat dan bercampur baur itu setelah ride berkilo2meter, ditambah pula jalan sesak dan berlopak air di sana sini, abah dan member mengambil keputusan untuk singgah ber TTS di area Batu Caves dalam lebih kurang pukul 5.30 kut. Ya! Rider kenalah ber TTS kalau pergi mana2 pun hehe. Dengan perut yang kosong dan lafaz bismillahirrahmannirrahim, kami pun layan la teh o ais dan mee rebus kat kedai irfan ni.




Perut dah kenyang, hati pun dah sedikit terubat dari kedukaan temuduga tadi, kami pun berangkat lah menuju ke destinasi masing2. jauh lagi tu kalau ikutkan rumah abah. Takpe, rider kentang tak kisah.

Pesanan abah untuk semua, sentiasalah kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan kehidupan seharian kita. Ingatan yang sama lagi untuk semua ek. Ride Tu Ride Jugak, jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Saturday, August 23, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Assalamualaikum WBT, salawat dan salam ke atas nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW. Di tengah kelapangan masa yang abah ada ni sewaktu melayari blog2 blogger gergasi tanahair, mata abah tersentap apabila melihat contest yang dianjurkan oleh denaihati. Contest untuk mendapatkan iPhone 5S. Macam gambar kat bawah ni.


Bestkan? Kalau nak beli sendiri, rasa macam ada tanggungjawab lain yang perlu abah laksanakan dengan bajet yang ada ni. Jadi abah rasa ini je la caranya kalau nak cuba untuk memilikinya. Dah lama sebenarnya abah teringin nak memiliki produk jenama Apple ni dan harap-harap, inilah masanya.


Buat para pembaca, korang pun ada peluang yang sama macam abah kalau nak memiliki handphone iPhone 5S ni. Contest ni terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai blog sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai contest ni, klik kat sini >>denaihati<<Tunggu apa lagi? Join la. Guna blogspot pun boleh. Contest ini ditaja oleh DENAIHATI bersama kerjasama dengan rakan-rakan blogger yang lain :
Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH. (Yang ini lagi buat abah terharu, Al Fatihah).

Apapun, kalau abah dapat iPhone 5S ni mesti ianya akan menjadi tonik buat abah untuk terus mencoret di dalam blog abah. Sebelum ini abah tak pernah menggunakan produk apple kecuali ada la sekali sekala guna iMac kat ofis. Kalau handphone tu, abah macam tipikal Malaysian yang lain la. Android user. Teringin pulak nak berhijrah ke pada IOS. Dah banyak review dari kawan2 yang kata dorang, handphone Apple ni jarang crash ataupun hang. Tak sabar rasanya kalau dapat sebiji.
Orang kata, In Shaa Allah, kalau dah rezeki tu tak ke mana. Kalau tak dapat pun tak apa. Cuba ambil sesuatu yang positif dari sebalik sesuatu. Mungkin disebabkan kita tak dapat tu menyebabkan orang lain yang lebih memerlukannya dapat memiliki handphone tersebut untuk tujuan yang lebih baik. Kita takkan tau semua ini kerana ianya adalah perancangan dari Allah SWT. Kita patut sentiasa lebih bersyukur. Cuma kita kena ingat juga, kita tidak disuruh untuk berpasrah sahaja semata-mata tanpa berusaha.

Save Gaza Denaihati

Jadi, sampai di sini dahulu usaha abah sebab abah ni baru sahaja mula hendak berjinak-jinak merpati menulis dan mencoret di dalam ruangan blog ni. Sekurang-kurangnya dapat juga abah post sesuatu untuk hari ini. Terima kasih abah ucapkan buat penaja-penaja dan abah anggap ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan lagi serta menyuburkan industri blog di negara kita yang tercinta.

Ride Tu Ride Juga, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...



1st Ride To Genting Sempena VideoSelfieMerdeka

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah syukur. Jadi jugak misi abah and the BTM MARA Rider nak buat Ride ke Genting sempena merdeka ni. Penatnya tak ayah nak cerita la. Rasa macam nak patah pinggang. Tapi yang penting dapat kepuasan dan dapat menikmati keindahan ciptaan Allah SWT.



Kita orang gerak dari bangunan MARA tepat pukul 7.30 pagi(lewat sikit la dua tiga minit sebab tunggu member). Ikut Jalan Raja Laut, Jalan Kuching dan lepas tu terus potong ikut Highway DUKE sebab target nak naik ikut Genting Sempah. Nak jadikan cerita bahawa diri ini punya lah seorang beginner, bila singgah kat stesen minyak sebelum masuk highway Karak tu kitaorang terserempak dengan brother2 motor besar yang lagi besar. Dengan rasa malu dan rendah diri, kitaorang sanggup parking kat belakang stesen minyak tu sebab nak menyorok takut kena gelak sebab almaklum la beginner. Mesti ada yang something wrongkan.

Apapun lepas tu kitaorang teruskan perjalanan dan menikmati TTS pertama kitaorang kat Gohtong Jaya. Ala, pekena nasik lemak bungkus ngan teh tarik jer. Tapi yang bestnyer adalah dapat makan sebelah motor. Hehe. Yang lagi best pulak tu, waktu kitaorang sampai tu. Ada jugak seorang artis sampai lepak minum kat situ. Bro Beto. Lu memang smart dan hensem la bro(Frust sebab percubaan beratus2 kali nak ambil gambar curi2 gagal, huhu).


Nampak tak gambar brother 2 orang kat belakang abah tu. Tu la dia artis yang abah cakap tu. Sorry ek, gambar kecik.





Teh tarik pun dah habis, kitaorang pun teruskan perjalanan. Dan macam biasa, di pertengahan jalan aktiviti selfie meng selfie pun dilakukan(Bukan buat sebab tak sedarkan diri tau, sebab nak masuk contest jer).



Akhirnya kitaorang sampai ke puncak dan mengambil gambar selfie yang pertama di atas sana. Nampak tak suasana kemerdekaan tu. Biar kecik jer bendera tu, yang penting adalah semangatnya. Haha.


Terkebil-kebil jugak la bijik mata ni menahan silauan pancaran cahaya matahari pagi yang dingin tu. Best, best, memang best.


Berikut pula dipertontonkan aksi selfie tak sedar diri oleh kitaorang.











Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat dilindungi oleh Allah SWT. Syukur. On the way balik tu pulak kitaorang singgah ke Seri Kembangan sebab member rider yang tak dapat join ride ni buat rumah terbuka aidilfitri. Nantikan hasil edit video kembara merdeka BTM MARA bila dah siap nanti ek. In Shaa Allah abah akan uploadkan.

Sekian dulu untuk hari ini.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...