Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Google Street View Malaysia : Fenomena Minggu Ini

Assalamualaikum WBT. Fenomena yang akan menjadi viral pada minggu ini di Malaysia adalah semestinya Google Street View Malaysia. Talian Internet dekat pejabat korang sekarang ini mesti tengah slow disebabkan semua orang ingin akses ke Google Street View Malaysia. Pernah perasan tak kereta kat bawah tu lalu di kawasan anda. itu maknanya kawasan anda telah dirakam untuk dipaparkan di dalam fungsi google maps iaitu google streets view Malaysia.

Sebenarnya Malaysia agak lambat sedikit berbanding negara jiran seperti Indonesia yang telah terlebih dahulu ada fungsi ini untuk melihat gambaran sebenar tempat yang kita lawati  menggunakan google maps. Ada juga sesetengah kawasan yang membolehkan sehingga kita nampak gambaran sehingga masuk ke dalam kedai atau premis. Seronokkan?


Apa yang bestnya kalau dari pandangan masyarakat Malaysia yang tipikal ini? Sebenarnya, apa yang Abah perhatikan adalah korang semua mesti akan pertama sekali adalah ingin melihat gambar rakaman rumah sendiri. Diikuti pula dengan rumah kita di kampung dan juga kawasan-kawasan yang pernah kita lawati. Bila dah bosan, korang mesti akan perasan akan rakaman gambar-gambar tersebut yang juga merakam aksi-aksi spontan rakyat Malaysia ketika ianya dirakam.


Antara contohnya adalah gambar motor yang penuh dengan buah durian, budak tengah tunggu bapaknya ambil pulang dari sekolah, sehinggakan gambar orang tengah mandi di sungai pun ada. Korang explore la sendiri ek. Cara yang paling mudah untuk akses adalah menggunakan link : www.instantstreetview.com atau buka maps.google.com.my dan cari ikon seperti di atas, drag dan letakkan di atas peta di mana kita nak explore.



Apappun yang kita buat, jangan lakukan secara berlebihan sehingga membuang masa dan lupa akan masa kita untuk Allah SWT. Sentiasa pertingkatkan amalan, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Tuesday, August 19, 2014

Ice Bucket Challenge, Viral Terbaru!

Ice bucket challenge? Apa benda ni? Benda baru ker? Mula-mula abah pun tak tau. Tapi last2 ambik tahu jugak la sebab orang dok asyik sembang pasal ni jer.
Ice bucket challenge, kadang-kadang dikenali sebagai ALS Ice bucket challenge, adalah aktiviti yang melibatkan pembuangan baldi air ais di kepala seseorang atau menderma kepada Persatuan ALS di Amerika Syarikat. benda ni dah jadi viral di seluruh media sosial masa musim panas 2014 kat area US.
Cabaran berani dicalonkan peserta yang akan difilemkan mempunyai baldi air ais dicurahkan ke atas kepala mereka. Ketetapan umum adalah bahawa orang-orang yang dicalonkan mempunyai 24 jam untuk mematuhi atau kehilangan melalui sumbangan kewangan amal.
Asal-usul idea pembuangan air sejuk di kepala seseorang ni untuk kumpul duit untuk kebajikan tidak jelas dan telah dikaitkan dengan pelbagai sumber. Semasa musim sejuk Hemisfera Utara(Amerika la ni) 2013-14, satu cabaran yang tidak diketahui asalnya sering dipanggil "Cabaran Air Sejuk" menjadi popular di media sosial di kawasan Utara Amerika Syarikat. Tugas ini biasanya melibatkan pilihan sama ada untuk menderma wang untuk penyelidikan kanser atau mempunyai untuk melompat ke dalam air sejuk.
Cabaran ni jadi famous sebab banyak selebriti2 yang join kut. Bagi abah, kita ambik yang positif daripada aktiviti ni ialah, penglibatan manusia di dalam kerja-kerja amal. Tak kisah la apa jugak caranya asalkan tak melanggar hukum syarak, ok jer. Sekian dulu untuk info sembang kosong.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...