Thursday, August 21, 2014

1st Official Ride, Merdeka Ride To Genting BTM MARA

Assalamualaikum WBT, salam jumaat semua. Dah solat Dhuha ke belum? Dah baca Surah Kahfi ke belum? Jadikan persoalan2 tadi sebagai amalan kita ok. Cuba korang semua tengok gambar invitation kat kalendar google abah tu. Yesss! Akhirnya. My 1st Official Ride. Destinasi...Genting Highland. Apa-apa hal pun sebelum nak cerita lebih2 tentang excitednya diri ini untuk menunggu hari esok, marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah buat Rasullullah SAW, para sahabat, isteri2 & keturunan baginda SAW, ulama2, para mujahidin, kedua ibu bapa kita dan seluruh umat Islam termasuk arwah penumpang2 MH17 yang beragama Islam.
Sebenarnya ride ke Genting esok ni ada banyak tentatif dan tujuannya. Salah satunya adalah kitaorang ni nak belajar cara ride yang betul dan berhemah. Keduanya adalah nak semarakkan semangat kemerdekaan tahun ini dengan menyertai pertandingan video selfie merdeka MARA, hehe. Ketiganya adalah sebab nak buat kunjungan rumah terbuka di rumah sahabat2 yang telah menjemput untuk merapatkan lagi ukhwah yang telah terbina.
Biar apapun yang kita nak buat kita di dalam melakukan sesuatu, pastikan yang bahawa ianya bukanlah kosong dan tanpa tujuan. Biarlah penuh dengan pengisian yang bermakna lebih2 lagi pengisian ke arah mendekati Allah SWT.

***Thanx to Mama yang sporting bagi Abah join Ride ni***

Ingat..Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...


No comments:

Post a Comment