Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Monday, October 6, 2014

Tips Untuk Tangani Monday Blues

Assalamualaikum WBT, tentu kita semua biasa menghadapi apa yang biasanya dipanggil monday blues walaupun hari tersebut bukan hari isnin asalkan ianya adalah hari pertama berkerja di dalam minggu tersebut. Perkara ini juga terjadi kepada pelajar-pelajar yang ingin memulakan persekolahan pada hari pertama setelah berehat dihujung minggu. Fenomena atau tabiat ini berlaku adalah disebabkan kita telah melalui atau memenuhi masa lebih kurang 2 hari kita iaitu dengan berehat atau melakukan kerja-kerja selain dari kerja-kerja rutin yang biasa kita lakukan pada hari isnin hingga jumaat.



Kalau nak dinasihatkan secara profesional, kata mudahnya adalah "jangan nak mengada-ngada, pergi bersiap dan bekerja". Biar Abah beri tips secara santai dan mampu dilakukan oleh semua orang.


  1. TERUSKAN RUTIN ISNIN HINGGA JUMAAT ANDA PADA HUJUNG MINGGU
    Jika anda bangun jam 5.30 pagi pada hari isnin hingga jumaat, teruskan bangun pada waktu tersebut pada hari hujung minggu anda. Ingat! Rezeki akan datang lambat pada kita kalau bangun lambat. Lagi banyak ibadah selepas Subuh yang boleh kita buat sebab pada hari biasa kita akan sibuk bersiap untuk ke tempat kerja.
  2. LAKUKAN SENAMAN RINGKAS DI TEMPAT KERJA
    Ambil sedikit masa apabila tiba di tempat kerja anda untuk lakukan sedikit regangan dan senaman untuk membetulkan urat-urat anda. Dari segi Islam dan Sains, urat atau saluran darah ini mengalirkan darah yang juga membawa oksigen keseluruh badan kita. Pengagihan oksigen yang sekata keseluruh badan akan dapat mengelakkan kelesuan dan keletihan di samping dapat meningkatkan kesegaran badan.
  3. AMBIL SARAPAN YANG SIHAT DAN SEGAR
    Untuk hari pertama ini, cuma ambil sarapan yang kurang berminyak dan pedas. Paling ringkas pun bolehlah beri roti gardenia 70 sen pelbagai perisa tu dan minum air suam atau air kosong. Jangan tinggalkan sarapan pagi anda, sarapan penting untuk tenaga bagi hari tersebut.
  4. SOLAT DHUHA
    Lebih kurang antara jam 9.30 hingga 10 pagi, ambil sedikit masa anda untuk ambil air wuduk yang sempurna dan tunaikan solat dhuha 2 rakaat. Waktu ini anda akan dapat rasa lebih segar lagi berbanding awal pagi tadi. Jika anda ada lagi masa terluang, sambung pula dengan baca Al-Quran.
  5. JANGAN MAKAN BANYAK
    Bila dah tiba waktu makan tengahari, sekali lagi cuba elakkan makanan yang berminyak dan pedas dan yang paling penting adalah jangan ambil di dalam kuantiti yang banyak.
In Shaa Allah, Abah harap tips-tips ini akan sedikit sebanyak dapat membantu kta untuk menjadi Umat Islam yang berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Jom kongsi ramai-ramai. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Monday, September 29, 2014

Sakit : Penghapus Dosa Kecil

Assalamualaikum WBT.  Setiap dari kita tentunya pernah merasai sakit. Demam, selsema, luka mahupun apa sahaja ianya pasti pernah kita rasai. Seingat Abah, guru-guru Abah pernah berpesan yang jika kita ditimpa penyakit atau musibah, itu adalah tanda yang Allah SWT ingin menguji kita danmmungkin juga sebagai penghapus dosa-dosa kita yang kecil yang kita tak perasan kita pernah lakukan.


Dosa-dosa ini adalah tidak termasuk dosa-dosa besar iaitu termasuklah menyekutukan Allah SWT dan lain-lain dan juga dosa yang kita lakukan terhadap sesama manusia yang mana hanya manusia yang telah kita aniayai atau sakiti sahaja yang boleh memaafkan dosa kita tersebut.

Jangan pernah kita pandang remeh tentang perkara ini kerana seperti yang Abah dah sebut tadi, Allah SWT ingin menguji kita seperti tahap kesabaran kita dan lain-lain. Selain itu, ini juga membuktikan yang Allah SWT tidak pernah melupakan kita. Mungkin ada hikmah yang Allah SWT nak beri kepada kita disebalik penyakit yang kita alami.

Pegangan yang paling kuat Abah tanamkan dalam sanubari ini adalah Abah pernah melakukan dosa samaada secara sedar mahupun tidak dan sakit yang dialami ini adalah sebagai satu tanda ingatan untuk kita berhenti sebentar untuk muhasabah kembali diri ini akan apa yang telah kita lakukan.

Abah sentiasa bersyukur dan berharap yang Allah SWT akan sentiasa menguji Abah dengan ujian-ujian yang tidak berat kerana In Shaa Allah ingat akan hambaNya. Sekian dulu dari Abah untuk hari ini. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei ( Beramal )...Bukan Sekadar Blog Rider...

Thursday, September 25, 2014

Inspirasi Dari Seorang Isteri : Li Na Dan Tenis

Assalamualaikum WBT, pagi jumaat ini Abah nak kongsi satu sumber yang bolehlah dikatakan sebagai inspirasi buat para ibu di luar sana. Kisah jaguh tenis dunia dari China bernama Li Na.

Li Na Viewed Tennis As "Only Chance"

Li Na membuat satu kepulangan yang penuh emosi ke kampung halamannya di Wuhan, China beberapa hari selepas mengumumkan persaraan beliau daripada tenis kerana masalah lutut yang berterusan. Pada kejohanan Terbuka Wuhan baru-baru ini, Li Na membuat penampilan istimewanya untuk menerima pengiktirafan di dalam satu majlis pada kejohanan tersebut dan ternyata mempunyai ramai peminat.

Dalam temu bual dengan AFP, Li Na memberitahu bahawa kesan akibat kematian ayahnya pada usia beliau 14 tahun ke atas kehidupan dan kerjaya tenis beliau. Li Na mendedahkan bahawa dia berasa tenis adalah peluang untuk beliau membantu ibunya yang masih hidup. "Saya berfikir, anda adalah seorang gadis cantik yang besar, anda perlu menjaga ibu anda," kata Li Na dalam temuduga.

Li Na mengakui bahawa semasa muda dia tidak gemar selalu seperti bermain tenis tetapi terus berlatih dan bermain dengan harapan untuk berjaya dan membantu keluarganya. "Apabila bapa meninggal dunia, saya berfikir bahawa diri saya selalu berkata, 'Satu-satunya peluang adalah anda perlu menjadi pemain terbaik.'" Bintang tenis China, yang menjadi salah satu bintang sukan terbesar dari negara beliau, telah pergi dan memenangi dua kejuaraan perseorangan Grand Slam termasuk Terbuka Perancis 2011 dan Terbuka Australia awal tahun ini.

Nak Maklumat lanjut tentang beliau Klik Di Sini. Bermula sebagai seorang pemain tenis profesional dan kemuncak kariernya adalah selepas beliau menjadi isteri kepada suaminya Jiang Shan yang juga merupakan jurulatihnya.

Apa yang Abah nak kongsi di sini adalah faktor kejayaan. Ketepikan faktor agama, bangsa dan jantina jika kita hendak berjaya. Sememangnya kita sebagai orang Islam adalah orang yang telahpun berjaya. Tingkatkan amalan dan Tawakkal pada Allah SWT. Apabila tiba masanya dan bila kita telah benar-benar bersedia, Allah pasti akan hadiahkan kejayaan yang kita impikan.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Tuesday, September 23, 2014

Wajib Baca : Kusyuk Dalam Solat!

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Tidak lupa juga kita harus sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Malam ini Abah terpanggil untuk melaksanakan kewajipan Abah sebagai seorang Islam untuk kongsikan perkongsian oleh Yusuf Al-Qaradhawi di Facebook beliau. Penulisan ini adalah daripada Dr Fuad Latip.


Abah dah cubanya sendiri dan memang ianya berkesan dan Abah nak korang semua cuba sendiri. MasyaAllah, Subhanallah, nikmatnya solat. Dengarlah nasihat Abah ini ek. Baca artikel ini sampai habis dan hayatinya. Berikut adalah pesanannya.


MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.


****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Nikmatkan? Semoga amalan ibadat kita semakin bertambah setiap hari. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Thursday, September 11, 2014

5 Tips Untuk Bentuk Anak Soleh/Solehah

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Jangan lupa untuk kita senantiasa mengucap kalimah Alhamdulillah untuk menyatakan rasa kesyukuran kita terhadap segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Jangan sesekali kita tinggalkan solat kerana solat itu adalah tiang agama. Jika tiangnya tidak kukuh maka robohlah ia.


Untuk bacaan santai malam ini sebelum kita lelapkan mata, Abah nak kongsikan satu tazkirah yang Abah dengar pagi tadi mengenai cara untuk kita membentuk anak-anak yang soleh dan solehah. INGAT! Hanya ada 3 perkara sahaja yang boleh kita bawa setelah kita mati iaitu SEDEKAH JARIAH KITA, ILMU YANG DIMANFAATKAN dan DOA DARI ANAK YANG SOLEH.


Perasan tak perkara yang ketiga? Kita masih lagi ada masa dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak kita agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Kanak-kanak tidak berdosa untuk apa yang difahaminya kerana ibu bapa merekalah yang membentuk mereka samaada menjadi Islam, Yahudi, Majusi atau Nasrani. Kanak-kanak juga ibarat sehelai kain putih di mana kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakkannya.


Berikut adalah 5 tips untuk kita amalkan agar Allah jadikan anak kita anak yang soleh dan solehah.

1. Ibu dan Bapa Yang Soleh & Solehah.
Ibu dan Bapa perlulah menjadi ibu dan bapa yang soleh dan solehah terlebih dahulu. Kita sebagai ibu bapa perlu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan mempertingkatkan lagi kualiti amal ibadat kita sehari-harian.

2. Berdoa
Sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah. Ketika di dalam sujud terakhir solat(dalam hati), selepas solat, ketika hujan lebat atau pada bila-bila masa sahaja. Doa biarlah beradab iaitu sekurang-kurangnya dalam keadaan bersih atau berwuduk, menghadap kiblat, menadah tangan dan sepenuh hati. Amalkanlah doa-doa yang telah diajarkan kepada kita atau berdoa sahaja dalam bahasa yang kita fahami kerana Allah Maha Pencipta. Allah SWT lah yang mencipta kita dan Allah SWT lah yang memahami kita.

3. Jangan Bertengkar
Sebagai ibu bapa, elakkan dari sebarang pergaduhan mahupun pertengkaran di dalam rumah apatah lagi di depan anak-anak kerana ia akan mewujudkan perasaan tidak tenteram dan tidak selamat di dalam fikiran anak-anak kita. Sentiasalah wujudkan suasana yang harmoni di dalam rumah.

4. Jauhi Maksiat
Ibu bapa hendaklah menjauhkan diri dari sebarang perkara-perkara yang fasik dan maksiat. Ini kerana dalam kita tidak sedar segala apa yang kita lakukan akan menjadi ikutan anak-anak kita jika tidak hari ini, mungkin esok.

5. Baca Al-Quran
Amalkanlah membaca Al-Quran. Bacaan yang dimaksudkan di sini adalah bukan setakat bacaan surah-surah lazim yang kita telah hafal. Tetapi hendaklah kita berusaha untuk secara berterusan membaca dan khatam Al-Quran serta belajar mendalami dan memahami maksud dan isi kandungan atau tafsir Al-Quran tersebut. Lebih elok lagi jika di baca bersama-sama suami, isteri dan anak-anak secara tadarus.

Maafkan dan betulkan Abah sekiranya terdapat salah dan silap di dalam penyampaian ilmu itu tadi kerana kemampuan Abah untuk mengingat hanyalah setakat ini sahaja. In Shaa Allah Abah akan terus belajar kerana ilmu itu penting. Sekian dulu dari AbahBZ.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Tuesday, September 9, 2014

Kawal Marah : Islam Vs Konvensional?

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaan dan nikmat dariNya. Hari ini Abah nak kongsi bebel pasal MARAH. Cara nak kawal kemarahan secara konvensional ataupun Islam. Yang mana satu pilihan korang? Mana yang terbaik dan mudah serta beroleh pahala?


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).


Mula-mula jom kita tengok apakah cara konvensional.

1. Fikir Sebelum Cakap
Ambil sedikit masa untuk berfikir anda sebelum berkata apa-apa - dan membenarkan orang lain yang terlibat dalam keadaan untuk melakukan perkara yang sama.
2. Bila Dah Tenang, Baru Luahkan Kemarahan 
Sebaik sahaja anda berfikir dengan jelas, barulah anda nyatakan kekecewaan anda dengan cara yang tegas tetapi lembut(bukan agresif). Menyatakan kebimbangan dan keperluan anda dengan jelas dan secara langsung, tanpa mencederakan orang lain atau cuba untuk mengawalnya.
3. Bersenam 
Aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan tekanan yang boleh menyebabkan anda menjadi marah. Jika anda berasa marah anda semakin meningkat, pergi untuk berjalan pantas atau berlari, atau menghabiskan masa melakukan aktiviti fizikal lain menyeronokkan.
4 Ambil Masa (Timeout) 
Timeout ini bukan sahaja untuk kanak-kanak. Pergilah bercuti singkat untuk mengurangkan tekanan.
5. Kenal Pasti Penyelesaian
Bukannya memberi tumpuan kepada apa atau siapa yang salah, cuba untuk menyelesaikan isu itu.
6. Sentiasa Gunakan 'SAYA' 
Untuk mengelakkan mengkritik atau menyalahkan - yang mungkin hanya meningkatkan ketegangan - gunakan 'SAYA' untuk nyatakan masalah. Contohnya, katakan, "Saya kecewa sebab ...," dan bukannya, "Awak tak pernah..."
7 Jangan Simpan Dendam
Memaafkan adalah cara yang berkuasa.
8. Berlawak Atau Humor
Gunakan humor atau lawak untuk membantu anda menghadapi apa yang membuat anda marah dan, mungkin, mana-mana jangkaan yang tidak realistik yang anda ada untuk bagaimana lupakan marah itu. Elakkan sindiran, walaupun - ia boleh menyakiti perasaan dan memburukkan lagi keadaan.
9 Amalan Kemahiran RELAKS 
Apabila kemarahan tengah membuak, cuba untuk rileks. Amalan latihan tarik dalam-nafas, bayangkan senario yang santai, atau mengulangi perkataan atau ayat yang menenangkan.
10. Tahu Bila Untuk Dapatkan Bantuan
Belajar untuk mengawal kemarahan adalah satu cabaran bagi semua orang pada masa-masa. Pertimbangkan yang mencari bantuan untuk isu-isu kemarahan jika kemarahan anda seolah-olah di luar kawalan, menyebabkan anda untuk melakukan perkara yang anda menyesal atau menyakitkan orang di sekeliling anda.


Sekarang, kita tengok pulak apa cara Islam.

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan. Solat sunat.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif. Ingat Allah - Istighfar

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Bagi Abah, kedua-dua tips yang Abah kongsikan ini adalah sangat baik untuk dipraktikkan dan adalah lebih baik juga kita utamakan tips yang boleh mendatangkan pahala kepada kita dahulu. Dan kalau berkebolehan, buat jer semua tips yang dinyatakan di atas sebab Abah rasa cukup sekadar mengambil wuduk sudah dapat meredakan kemarahan kerana selepas berwuduk, kita sedar yang kita ini hambaNya.
Sumber-sumber Abah pinjam dari mayoclinic.org, peribadi rasulullah.wordpress.com dan ceritasekupang.blogspot.com

Jadi, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Friday, September 5, 2014

Sabtu 06092014 : Hari BZ Abah

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kehadrat Ilahi di atas segala kurniaan dan nikmatNya kepada kita. Hendaklah kita senantiasa berasa takut kalau-kalau Allah SWT sudah tidak memperdulikan kita dengan sentiasa melakukan amalan-amalan ibadah samaada yang wajib mahupun yang sunat.

Arrggh! Hari ini abah betul-betul BZ. Kena dengan nama jolokan Abah ni, program hari sabtu Abah ni memang agak penuh. Abah kena menduduki peperiksaan online SPA untuk permohonan jawatan Penguasa Kastam W41 dari jam 9 hingga 12. Tolong doakan kejayaan Abah.


Sebaik sahaja habis exam ni, Abah golekkan BabyZ Abah ke Medan MARA untuk sesi TTS bersama-sama rakan rider Abah ke Cendol Bakar Kuala Selangor. Cadangan waktu tayar golek adalah pada pukul 2 petang. Macam yang Abah dah bagitau sebelum-sebelum ini, Abah bukannya jenis orang yang suka membuang masa. Sesi TTS kali ini adalah juga di selitkan sesi melawat rumah rakan yang baru menyambut kelahiran bayi pertamanya. 

Selain itu, Abah harap aktiviti ini dapat merapatkan ukhwah sesama Abah dan rakan-rakan rider samaada yang telah kenal dan bakal abah kenali. Abah suka berkawan dan suka juga banyak kawan. Jadi kalau ada sesiapa yang nak berkawan dengan Abah tu jangan malu-malu ek. Doakan juga perjalanan Abah ke sana ek. Abah harap akan sampai ke rumah sebelum Maghrib. In Shaa Allah.

Apapun aktiviti yang kita rancang dan lakukan pada hari ini, biarlah ianya bermakna dan memberi manfaat dan bukannya sesuatu yang sia-sia. Allah SWT benci jika hambaNya melakukan perkara-perkara yang sia-sia. Akhir kata, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukar Sekadar Blog Rider...

Thursday, September 4, 2014

4 Keajaiban Dan kekuatan "Saya Tak Tahu"

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan panjatkan kesyukuran kita ke atas segala kurniaan Allah SWT. Orang kata kalau malu bertanya kita akan sesat jalan. Mungkin pada zaman ini kita tak akan sesat kerana adanya peranti GPS, tapi bagaimana jika signalnya hilang? Di coretan dan celoteh kali ini abah nak cerita tentang kekuatan atau keajaiban perkataan dan pengakuan Saya Tak Tahu.


-YANG PERTAMA-
Saya Tidak Tahu Membuka Kepada Pintu untuk Pengetahuan 

Terdapat empat perkataan kecil yang ajaib dapat mengubah Saya Tidak Tahu kepada peluang untuk ilmu pengetahuan yang baru iaitu Saya Akan Mencari Jawapannya. Contohnya kalau ada orang tanya Einstein macamana alam semesta berfungsi, beliau akan menjawab Saya Tidak Tahu. Kemudian tiba-tiba kita mendapati bahawa beliau telah mencipta hukum graviti.

-YANG KEDUA-

Saya Tidak Tahu Menunjukkan Kekuatan Watak Seseorang

Minda manusia mempunyai cara yang aneh untuk mendapatkan dengan tepat apa yang kita tidak mahu.  Mengelakkan diri dari berkata Saya Tidak Tahu mungkin adalah satu percubaan fikiran untuk melarikan diri dari kelemahan kita dengan menunjukkan keyakinan diri yang palsu atau lebih dikenali dengan hipokrit. Keyakinan palsu ini akhirnya mendedahkan kita kepada tindakan-tindakan yang kurang wajar.




-YANG KETIGA-
Saya Tidak Tahu Mengukuhkan Perhubungan

Katakan anda ingin mengetahui tentang sesuatu produk dan bertanyakannya kepada rakan anda. Lalu dengan sepantas kilat rakan anda menceritakannya dari A sampai Z sedangkan rakan anda itu tidak mengetahui langsung tentang perkara yang anda ingin tahu. Namun terdapat seorang rakan lain yang menyatakan secara jujur yang Saya Tidak Tahu dan Saya Akan Cari Maklumat Tentangnya terlebih dahulu.

Jawapan bersifat rendah hati ini adalah tanda sebenar kebolehpercayaan di dalam sesuatu perhubungan.

-YANG KEEMPAT-

Saya Tidak Tahu Dapat Mencegah Kemudaratan 

Di dalam berhadapan dengan isu-isu keselamatan dan kesihatan yang memerlukan jawapan dan tindakan yang tepat dan betul, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak menyampaikan maklumat yang salah kerana dikhuatiri disebabkan oleh jawapan kita itu akan meragut nyawa orang lain. Adalah lebih baik kita katakan Saya Tidak Tahu daripada memberikan jawapan yang salah yang akan memberi binasa kepada orang lain.





Amacam, ok tak perkongsian abah kali ini? Ala-ala pakar motivasikan? Sebenarnya point dan idea asal adalah dari Shawn Smith iaitu seorang psikologis berdaftar dari Denver. Abah cuma olah dan kayakan semula isinya untuk perkongsian dan pemahaman kita bersama. 

Apapun yang telah abah ceritakan tadi, kembalilah kita kepada ajaran Rasulullah SAW yang mengajak kita untuk bersikap jujur, rendah diri, bersederhana dan ikhlas di dalam hubungan kita dengan Allah SWT dan juga hubungan kita dengan sesama manusia.

Ingatan ini dan juga ingatan dalam post-post sebelum ini abah tujukan terlebih dahulu untuk diri abah sendiri dan untuk panduan serta pedoman kita bersama. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk saling menegur dan menasihati antara satu sama lain.

Ingat! Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Tuesday, September 2, 2014

Babysitter

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Teruskanlah bersyukur kehadrat Ilahi di atas segala kurniaan dan nikmatnya ke atas kita. 

Salah satu dari 5 peringatan kurniaan nikmat yang selalu kita dengar yang perlu kita syukuri apabila kita memilikinya adalah nikmat kesihatan. Ingat lagi tak tentang peringatan mengenai waktu sihat sebelum sakit? Sungguh bermakna dan memberi kesan yang amat mendalam bagi kita jika kita merasainya.

Terlalu banyak kerja-kerja dan tanggungjawab yang selalu kita tangguh ketika kita sedang sihat. Tapi kita pasti akan teringat segala yang tertangguh itu ketika kita sedang sakit dan mahu melaksanakannya atau selesaikan. Tapi waktu tu, tentulah kita sudah tidak berdaya kerana lemah dan sakit.

Begitu jugalah abah, asalnya hari ini ambil cuti sebab mama kena outstation dan nak ambil masa yang ada ini untuk uruskan segalanya yang tertangguh seperti urusan bank dan segala urusan-urusan yang memerlukan abah beratur di kaunter. Tetapi atas faktor kesihatan, segalanya terbantut dan tak dapat abah laksanakan. Anak abah yang kedua, Muhammad Akmal tak tidur lena malam tadi sebab kahak penuh di dada dan sukar untuk bernafas.

Abah tak hantar anak abah ke taska sebab abah perlu bawa Akmal ke klinik. Insyirah pun tumpang sekaki tak perlu pergi ke taska. Sampai di klinik pagi ni, Akmal dah nampak kurang sikit penatnya. Doktor pun kata tak perlu nak pakai Nebulizer sebab kalau rehat secukupnya kat rumah pun dah ok. Yang penting makan ubat. Jadilah abah seorang babysitter. THE END.

Ringkas, padat dan simple jer cerita abah ni. tapi apa yang abah nak sampaikan adalah lebih dari itu. Malas nak membebel panjang-panjang sebab korang pun mesti malas nak baca panjang-panjang. Korang fikir-fikirkanlah ek tentang peringatan abah mengenai TANGGUH, LENGAH dan BUANG MASA.

Ingat ek. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...




Wednesday, August 27, 2014

Oh Ibu, Al Fatihah Untukmu.

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Baginda SAW. Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana terlalu banyak nikmat yang kita perolehi dariNya sehingga ke saat ini. Jangan pernah kita untuk lupa melafazkan Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur kita kepadaNya.



Di tengah kesibukan kita mencari rezeki ini, pernah tak kita tertanya. Apa yang mak tengah buat sekarang ini? Mak aku sihat ker? Mak dah makan ker? Sebab soalan-soalan ini adalah antara ribuan soalan yang akan sentiasa bermain difikiran dan hati setiap ibu terhadap anaknya. Kita juga wajib merasakan apa yang mereka rasa.

Jangan terkejut dengan tajuk yang abah coret tu. Mak abah masih sihat wal afiat di kampung sana. Bagi yang tidak tahu, kita kena tahu yang bahawa sedekahkan Al Fatihah itu, bukanlah semata-mata untuk mereka yang telah tiada tetapi juga untuk mereka yang masih hidup. Jom kita amalkan setiap hari. Paling kurang 7 kali Al Fatihah diwaktu pagi dan 7 kali sebelum tidur. Kita sedekahkan buat :
  1. Nabi Muhammad SAW
  2. Sahabat2 Baginda SAW
  3. Para Ulama dan Ilmuan Islam
  4. Para Mujahidin
  5. KEDUA IBU DAN BAPA KITA
  6. Isteri dan anak2(Ahli Keluarga Kita)
  7. Seluruh Umat Islam
Bolehkan?

Kesian pada ibu kita yang sentiasa teringatkan kita. Apa kata kita ambil peluang cuti hujung minggu untuk balik bertemu dengan ibu kita. Tatap wajah ibu, picit badan ibu dan duduk bersama ibu. Temanlah mereka sementara mereka masih ada di bumi ini. Jadi, hujung minggu ni abah tak free untuk ride atau jalan-jalan. Abah nak balik Ipoh jumpa mak.

Jangan lupa ek. Sedekahkan Al Fatihah setiap hari buat ibu kita. Ride Tu Ride Jugak...Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...


Tuesday, August 26, 2014

Buat Apa Waktu Maghrib Ni?

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Walaupun kita  tidak dapat bertemu dengan Baginda SAW namun tanamkan perasaan serindu2nya untuk bertemu dengan Baginda SAW kerana itu adalah antara semanis2 rindu yang terbaik akan pernah anda rasai. Jangan pernah lekang dibibir kita ini untuk sekurang2nya berselawat selama 2 minit setiap hari ke atas Nabi Muhammad SAW.

Apa yang anda semua biasa buat waktu2 Maghrib ni? Cinta 200% ? Masih di luar rumah? Hmmm...Bagi yang lelaki tu abah sarankan jom kita ramai2 pergi solat berjemaah di surau atau masjid atau sekurang2nya Maghrib berjemaah bersama2 dengan ahli keluarga kita.


Lepas tu, suruh anak2 kita mengaji, baca Quran, Iqra'. Jangan biarkan diorang tinggalkan amalan ini. Biar amalan ini sebati dalam hidup diorang biarpun bermula dengan paksaan lembut dipermulaannya. Bagi abah, tak perlu kita nak ikutkan sangat ajaran barat yang lebih galakkan kita untuk anak kita menjadi lebih kreatif dengan membiarkan mereka melakukan apa yang mereka minat secara terkawal. Ketegasan terkawal perlu ada. Yang paling penting adalah apa yang terkandung di dalam kitab suci Kalam Allah SWT AlQuran.

In Shaa Allah, abah berani janji dengan anda semua yang anda akan tengok sendiri bagaimana EQ dan IQ anak kita berkembang. Kalau tak nampak hasilnya hari ini, mungkin esok. Kalau bukan esok mungkin lusa. kalau bukan lusa mungkin satu hari yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Janji Allah SWT itu pasti, kita akan dapat untuk apa yang kita usahakan ke jalanNya dan usaha kita ini hendaklah disertakan dengan kesabaran dan tawakkal.

Kalau kita belum memperolehi apa2 kejayaan hari ini, mungkin disebabkan Allah SWT tahu yang kita masih belum bersedia untuk menerima kejayaan tersebut. Kita akan menempuh kejayaan itu setelah kita benar2 bersedia. Percayalah ek. Abah harap blog ini kekal selamanya untuk rujukan sesiapa sahaja termasuklah anak2 abah dan sampaikan pada mereka yang tidak berkesempatan untuk mengetahuinya.

Abah nak ingatkan jugak hehe.. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)... Bukan sekadar Rider...

Monday, August 25, 2014

Temuduga, Interview, Ini Pengalaman Saya.

Assalamualaikum WBT, mari sama2 kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat lagi kita bertemu di dalam coretan POT PET abah dalam kisah AbahBZ kali ini. Sebelum itu, eloklah kita mulakan dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Hari ini abah nak cerita pasal pengalaman abah yang pergi interview atau dalam bahasa melayunya temuduga. Almaklumlah, dah tua2 ni bila pergi interview rasa agak sedikit terkebelakang sebab nak kena bersaing dengan budak2 muda yang energetik. Tapi jangan risau, abah macam biasa jer. Cool and steady(walaupun dalam hati ni hanya Allah yang tahu berdegap berdegup kencangnya).

Sebagai seorang rider newbie, abah kenalah biasa2kan diri untuk menunggang BabyZ abah tu kalau nak ke mana2. Seawal jam 5.30 pagi abah dah golekkan tayar menuju ke Jalan Kuching(tempat pertemuan abah dengan member abah yang tahu jalan nak ke MJII Beranang tu). Dan seawal pagi itu jugalah abah bersyukur sebab Allah dan uji abah dengan terpaksa menempuh hujan lebat disepanjang perjalanan dekat area Ulu Yam - Sungai Tua. INGAT KORANG SEMUA, PERASAAN SYUKUR ABAH NI BUKAN MAIN2 SEBAB BILA KITA DIUJILAH BARU KITA TAHU YANG BAHAWA ALLAH MASIH AMBIL TAHU PASAL KITA. KITA PATUT RASA TAKUT YANG AMAT SANGAT KALAU ALLAH SWT BERPALING DARI KITA.

Syukur bila dah nak sampai Sri Gombak hujan pun dah berhenti. Ditengah2 perjalanan abah berhenti solat subuh di tol DUKE tepat jam 6 dan bergerak semula jam 6.10 setelah berdoa pada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan abah hari ini. Bila dah masuk Jalan Kuching, abah singgah isi minyak dan teruskan lagi perjalanan di tempat pertemuan dengan member abah yang tahu jalan tu.

Kami teruskan perjalanan melawan arus jam Kuala Lumpur menuju ke MJII Beranang menggunakan SILK dan LEKAS tepat jam 6.15 dan kami sampai di MJII tepat jam 6.50. Alhamdulillah doa abah dimakbulkan untuk sampai dengan mudah ke tempat interview(gelap2 lagi dah sampai). Dah selesai daftar, mulalah sesi selfie meng selfie(nampak ceria tak abah?, tungguuu...).



Inilah pula wajah sedikit sugul abah setelah tamat sesi pertama, iaitu tugasan individu yang memerlukan setiap calon menyiapkan satu kertas kerja cadangan bagi satu program kepimpinan muda di Dubai(cewah, global tu). Dah rasa frust sikit la tu sebab macam tak berapa puas hati dengan proposal yang abah buat tu. Takpe, abah serahkan pada kabel abah yang nombor satu iaitu yang nun di atas sana. Tawakkal pada Allah SWT.


Maaf kerana abah tak dapat nak siarkan foto abah selepas sesi kedua iaitu sesi temuduga berkumpulan sebab waktu tu dah nampak hodoh sangat dah. Segan nak tunjuk kat orang. Mana taknya, sesi pertama habi jam 9.30 pagi. Sesi kedua pulak bermula lebih kurang dah nak dekat2 pukul 1.30 petang. Pukul berapa nak habis daaa. Ponat den. 

Setelah selesai sesi temuduga untuk abah harini abah selesaikan pula urusan abah dengan Allah SWT iaitu Zohor dan abah beserta member abah bergerak keluar dari MJII Beranang tu lebih kurang pukul 3.30 petang.

Di dalam perasaan yang penat dan bercampur baur itu setelah ride berkilo2meter, ditambah pula jalan sesak dan berlopak air di sana sini, abah dan member mengambil keputusan untuk singgah ber TTS di area Batu Caves dalam lebih kurang pukul 5.30 kut. Ya! Rider kenalah ber TTS kalau pergi mana2 pun hehe. Dengan perut yang kosong dan lafaz bismillahirrahmannirrahim, kami pun layan la teh o ais dan mee rebus kat kedai irfan ni.




Perut dah kenyang, hati pun dah sedikit terubat dari kedukaan temuduga tadi, kami pun berangkat lah menuju ke destinasi masing2. jauh lagi tu kalau ikutkan rumah abah. Takpe, rider kentang tak kisah.

Pesanan abah untuk semua, sentiasalah kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan kehidupan seharian kita. Ingatan yang sama lagi untuk semua ek. Ride Tu Ride Jugak, jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

Monday, August 18, 2014

Gunting Rambut, Kekemasan Diri

Assalamualaikum WBT, meh kita coret2 lagi. Rambut abah dah berserabut, rambut anak2 apatah lagi. Rambut raya la katakan(rambut tak sempat nak potong sebab sibuk beraya), walaupun dahi depan abah dah semakin luas.
Tapi takpe, ada rambut ke atau takde rambut yang penting penampilan sentiasa kemas dan rapi. Islam mementingkan kebersihan, jadi rasanya kena la kita gunting rambut tu kalau dah ala ala serabai(serabut).
Imej kemas dan rapi ni penting di dalam ciri2 pendakwah Islam masakini. Kita berada di dalam satu zaman di mana fesyen dah tak mengenal usia dan geografi (ada kena mengena ker? Ada tu, cuba fikir2kan). Kalau kita nak berdakwah tentang Islam dengan sesiapa sekalipun, kebanyakan orang mesti akan pandang kita dari atas ke bawah. Kebanyakan yer, tak semua.
Kalau kita kemas, mesti senang nak mendekati dan didekati orang. Dan dengan ini mudah untuk kita mengajak orang ke jalan Allah SWT. Apapun penampilan diri kita masing2, yang penting kita kena sentiasa bersyukur dan mempertingkatkan amalan kita untuk menuju Jannah. Subhanallah.
Ride tu Ride Jugak, Jangan Lupe Beramei(Beramal)...
 

Sunday, August 17, 2014

Sahabat Rider Datang Beraya

Assalamualaikum WBT, dah petang baru member call kata nak datang beraya. Kebetulan pulak abang ipar pun nak datang beraya kat rumah. Kira ok la tu, 2 dalam 1. Dan lagi best adalah timing yang cun. Member2 sampai selepas abang ipar dan adik ipar dah balik. Penat jugak la melayan tetamu sampai pukul 11. Bukan penat apa pun, ESOK NAK KERJA. Hehe. Ni nak cerita sikit.
Jangan risau akan kehadiran tetamu ke rumah kita. Mereka akan datang membawa seribu rahmat. Paling simple dan mudah adalah ucapan 'Assalamualaikum' yang mereka berikan ketika hendak masuk ke dalam rumah kita. Bayangkan berapa banyak ucapan 'Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu' yang diucapkan kepada kita yang juga merupakan doa kepada kita sebagai tuan rumah seisi keluarga.
Sangat besar rahmatNya. Dan banyak lagi rahmat2 tersembunyi yang tidak kita ketahui yang menunjukkan bahawa Allah SWT sangat Mengasihi hambaNya. Kita sebagai hambaNya hendaklah selalu bersyukur dan mengejar sebanyak mungkin amalan2 yang membolehkan kita untuk layak masuk ke syurgaNya. Banyak pulak abah membebel ek. Cukup dulu setakat ini.

Ride tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)..




Friday, August 15, 2014

Hujan rahmat dipagi hari

Assalamualaikum.  Sejuk ek. Meh sini aku selimutkan. Oleh kerana semalam baru basuh, jadi harini rehat kat umah ek. Kesian jugak BabyZ sebab setiap isnin sampai jumaat kena lenjan total 80++ km sehari untuk mencari nafkah. So harini kita rilek.
Cerita pasal hujan dipagi hari ni. Kembalikan minda kita kepada Allah SWT. Ianya satu rahmat yang tak terkira. Menyuburkan bumi, menyegarkan suasana dan seakan2 membersihkan bumi kita ni yang sudah terlalu kotor.
Terlalu banyak rahmat dari Nya kalau nak kita senaraikan. Tapi bagi aku sebagai orang yang cuba untuk belajar menjadi sederhana, cukup dulu dengan belajar bersyukur(wasathiyah ek dalam bahasa arab).
Begitu juga dalam kita beramal, biar sedikit dan konsisten tetapi berterusan dan bertambah baik (Istiqamah rasanya kut dalam bahasa arab). That is the best way of practising something(jadi omputih kejap hehe). Cuba untuk sentiasa berfikiran positif, sentiasa berniat naik pada orang dan hapuskan satu2nya tabiat yang paling susah aku nak hilangkan iaitu MARAH.
Ya ALLAH, hapuskanlah rasa marah di dalam diriku ini kecuali ianya diperlukan untuk agamaMu. Amin.
Setakat ini dulu ek untuk hari ini. Jika Allah izinkan esok kita coret2 lagi.
Saya nak minta maaf terlebih dahulu di atas penggunaan bahasa, tatabahasa atau grammar yang tidak betul yang telah mengguris hati anda. Coretan2 ini hanyalah coretan santai untuk tatapan anda semua dan bukanlah satu penulisan ilmiah.

Amalan Terbaik Hari Jumaat

Assalamualaikum. Alhamdulillah,  syukur kita dapat bertemu lagi Penghulu Segala Hari iaitu Hari Jumaat. Saidul Ayyam kut kalau dalam bahasa arab (betulkan kalau salah ek).
Sebenarnya seronok tau hari Jumaat ni.
Salah satu sebabnya adalah pada hari ini saja lah untuk orang lelaki yang sesibuk mana sekalipun akan pergi ke rumah Allah SWT untuk berjemaah di sana. Aku ni tak la perfect sangat tetapi cuba menjadi seorang manusia yang akan terus belajar dan menambah ilmu agama tercinta ni.
Antara amalan yang telah aku pelajari dan nak dikongsikan dengan semua orang untuk kita amalkan pada setiap hari jumaat adalah :
* Bangun awal, at least pukul 5.15(sepatutnya awal lagi) iaitu sebelum subuh untuk tunaikan solat taubat dan tahajjud. 4 rakaat jer.
* Kalau boleh subuh berjemaah sebab disurau2 atau masjid akan ada bacaan sujud sajadah(sebab diri sendiri pun tak hafal).
* Lepas tu boleh la baca surah Kahfi. Kalau tak sempat baca jer 10 yang terawal dan 10 yang terakhir. (In Shaa Allah dapat melindungi kita dari fitnah).
* Seterusnya, apa lagi. Bertebaran la kita ke tempat mencari rezeki. Pasang niat elok2 di hati untuk cari rezeki yang halal dan dipermudahkan Allah segala urusan.
* Di pejabat pula, kalau ada Badan2 kebajikan ke. Cadang la untuk adakan sesi bacaan Yasin dan tahlil pada setiap jumaat pagi. Tak lama pun, lebih kurang sejam jer.
* Sementara air sembahyang tu masih ada lagi. Lepas baca Yasin, terus tunaikan solat Dhuha (In Shaa Allah murah rezeki).
* Kerja dengan tekun
* Tiba jam 12.30 , boleh mula bergerak ke masjid. Dapat tambah lagi pahala sebab selalunya ada tazkirah2 pendek di masjid sebelum khutbah jumaat.
* Dengar khutbah dengan kusyuk. Nak tau lebih lanjut? Rajin2 la Google ek.
* Sampai la kita pada waktu Maghrib(jauh betul skip masa, jangan lupa Asar).
*  Cuba untuk pergi berjemaah dan bila selesai, baca lagi Quran atau berselawat, bertasbih atau bertahmid (Hafiz Hamidon kan ada).
* Kalau rajin, sambung lagi selepas Isyak.
Rasanya itu jer ilmu yang aku ada untuk dikongsi bersama. Ingat, tips2 yang aku taip tadi tu tak sampai 10 peratus kut amalan Rasulullah SAW dan sahabat satu ketika dahulu. Jadi, selamat menambah ilmu dan beramal lagi ek.
-SALAM JUMAAT-