Thursday, September 4, 2014

4 Keajaiban Dan kekuatan "Saya Tak Tahu"

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan panjatkan kesyukuran kita ke atas segala kurniaan Allah SWT. Orang kata kalau malu bertanya kita akan sesat jalan. Mungkin pada zaman ini kita tak akan sesat kerana adanya peranti GPS, tapi bagaimana jika signalnya hilang? Di coretan dan celoteh kali ini abah nak cerita tentang kekuatan atau keajaiban perkataan dan pengakuan Saya Tak Tahu.


-YANG PERTAMA-
Saya Tidak Tahu Membuka Kepada Pintu untuk Pengetahuan 

Terdapat empat perkataan kecil yang ajaib dapat mengubah Saya Tidak Tahu kepada peluang untuk ilmu pengetahuan yang baru iaitu Saya Akan Mencari Jawapannya. Contohnya kalau ada orang tanya Einstein macamana alam semesta berfungsi, beliau akan menjawab Saya Tidak Tahu. Kemudian tiba-tiba kita mendapati bahawa beliau telah mencipta hukum graviti.

-YANG KEDUA-

Saya Tidak Tahu Menunjukkan Kekuatan Watak Seseorang

Minda manusia mempunyai cara yang aneh untuk mendapatkan dengan tepat apa yang kita tidak mahu.  Mengelakkan diri dari berkata Saya Tidak Tahu mungkin adalah satu percubaan fikiran untuk melarikan diri dari kelemahan kita dengan menunjukkan keyakinan diri yang palsu atau lebih dikenali dengan hipokrit. Keyakinan palsu ini akhirnya mendedahkan kita kepada tindakan-tindakan yang kurang wajar.




-YANG KETIGA-
Saya Tidak Tahu Mengukuhkan Perhubungan

Katakan anda ingin mengetahui tentang sesuatu produk dan bertanyakannya kepada rakan anda. Lalu dengan sepantas kilat rakan anda menceritakannya dari A sampai Z sedangkan rakan anda itu tidak mengetahui langsung tentang perkara yang anda ingin tahu. Namun terdapat seorang rakan lain yang menyatakan secara jujur yang Saya Tidak Tahu dan Saya Akan Cari Maklumat Tentangnya terlebih dahulu.

Jawapan bersifat rendah hati ini adalah tanda sebenar kebolehpercayaan di dalam sesuatu perhubungan.

-YANG KEEMPAT-

Saya Tidak Tahu Dapat Mencegah Kemudaratan 

Di dalam berhadapan dengan isu-isu keselamatan dan kesihatan yang memerlukan jawapan dan tindakan yang tepat dan betul, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak menyampaikan maklumat yang salah kerana dikhuatiri disebabkan oleh jawapan kita itu akan meragut nyawa orang lain. Adalah lebih baik kita katakan Saya Tidak Tahu daripada memberikan jawapan yang salah yang akan memberi binasa kepada orang lain.





Amacam, ok tak perkongsian abah kali ini? Ala-ala pakar motivasikan? Sebenarnya point dan idea asal adalah dari Shawn Smith iaitu seorang psikologis berdaftar dari Denver. Abah cuma olah dan kayakan semula isinya untuk perkongsian dan pemahaman kita bersama. 

Apapun yang telah abah ceritakan tadi, kembalilah kita kepada ajaran Rasulullah SAW yang mengajak kita untuk bersikap jujur, rendah diri, bersederhana dan ikhlas di dalam hubungan kita dengan Allah SWT dan juga hubungan kita dengan sesama manusia.

Ingatan ini dan juga ingatan dalam post-post sebelum ini abah tujukan terlebih dahulu untuk diri abah sendiri dan untuk panduan serta pedoman kita bersama. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk saling menegur dan menasihati antara satu sama lain.

Ingat! Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

No comments:

Post a Comment