Wednesday, September 10, 2014

10 Hobi Yang Boleh Buat Income?

Assalamualaikum WBT, salam dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT. Hendaklah kita sentiasa memohon keberkatan dan rahmat dariNya agar hidup ini dipermudahkan.

Korang semua mesti ada hobi atau kegemaran masa lapang yang korang suka layankan? Percaya atau tidak yang hobi kita ini mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan dan menjadikan kita kaya jika kena dengan cara dan gayanya.

Jom kita bongkar dan selongkar apakah 10 hobi tersebut :

1. Shopping
Percaya atau tidak, bagaimana jika kita jadikan membeli-belah ini sebagai satu pekerjaan. Buat iklan untuk anda mengambil upah atas pertolongan memberi barangan untuk klien anda. Sebagai contoh, upah bagi pembelian ubatan bagi mereka yang tidak mampu untuk ke kedai sendiri dan membelinya atau upah untuk belikan sepasang pakaian cadangan dari anda untuk klien anda ke majlis makan malam. Amacam?


2. Bela Kucing
Lagi tak percayakan. Jika anda suka sangat membela kucing dan fanatik dengan kucing. Apa kata anda sediakan satu perkhidmatan penjagaan kucing bagi klien-klien anda yang memerlukan khidmat tersebut. Sebagai contoh, klien yang selalu bekerja di lapangan ataupun outstation


3. Buat Kek & Pastri
Ini mungkin biasa. Jika anda ada kemahiran dan minat dalam bidang kek dan pastri, apa kata anda iklankan produk anda untuk tempahan. Mulakan secara kecil-kecilan seperti tempahan dari rakan-rakan sepejabat dan kembangkannya sehingga ke negeri di mana anda duduk sekarang.


4. Kemas, Teratur & Terancang
Kalau anda ini orang yang cermat, teratur dan berdisiplin, apa kata anda cuba pula untuk mengatur kehidupan seharian klien anda. Bukannya nak atur kehidupan mereka tetapi sekadar untuk mengatur perjalanan urusan-urusan seharian dan pekerjaan klien anda. Boleh je kan?


5. Bermain Gitar
Kalau anda ada kebolehan bermain gitar. Apa kata anda pergi ke restoren-restoren tumpuan ramai dan mohon kepada pemilik agar anda dibayar upah untuk menghiburkan pelanggan-pelanggan mereka.Ataupun anda boleh mengajar secara sambilan di pusat-pusat muzik.


6. Sukan
Jika anda benar-benar seorang peminat sukan contohnya bola sepak. Anda boleh memanfaatkan segala pengetahuan bola sepak anda dengan menjadi jurulatih sebuah pasukan kecil contohnya pasukan sebuah taman perumahan. Daripada situ anda akan mula membina reputasi dan akan menjana pendapatan sekiranya anda mencapai keputusan yang cemerlang apabila dipancing oleh pasukan yang lebih besar.


7. Kraftangan
Kalau anda ada kebolehan kraftangan contohnya menjahit atau mengukir kayu rantai kunci. Apa kata anda iklankan dan jual produk anda. Mulakan secara kecil-kecilan seperti sesama rakan sepejabat dan ianya mungkin akan berkembang dari semasa ke semasa apabila semakin ramai orang yang mengetahuinya.


8. Menulis
Ini memang Abah percaya. Kalau korang ada bakat menulis, cuba mula dengan menulis blog. Jika penulisan anda memang berbakat, pasti akan ada orang yang akan tertarik dan seterusnya meminta khidmat anda untuk membuat ulasan tentang produk mereka. Dan mungkin juga anda boleh menulis sebuah buku mengenai kejayaan anda suatu hari nanti.


9. Fotografi
Yang ini pun Abah dah tengok banyak hasilnya. Dah berapa ramai rakan-rakan Abah yang sudah hidup senang dengan membuat fotografi secara sambilan sahaja. Di Malaysia sahaja memang memerlukan fotografi untuk pelbagai acara seperti perkahwinan. Jadi, kemungkinan besar pendapatan dari fotografi ini tidak akan putus dan sangat lumayan. Sesuai dengan penat lelahnya.


10. Rekabentuk Web
Percaya atau tidak, semakin kita menuju ke zaman IT ini perekabentuk laman web mampu untuk menjana pendapatan yang begitu lumayan sekali. Peniaga-peniaga produk semuanya semakin beralih ke arah pengiklanan produk mereka secara OnLine. Iaitu melalui laman web mereka sendiri kerana hampir semua orang ada akses ke internet.

Gambar sekadar hiasan. Jangan Marah Ek.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, dengan adanya medium-medium yang dekat dengan kita seperti facebook, twitter, Instagram Blog dan banyak lagi. Apa sahaja hobi kita, boleh kita tukarkan sebagai suatu pekerjaan di mana kita boleh iklankannya dengan mudah. Yang penting adalah usaha dan diiringi dengan tawakkal dan doa kepada Allah SWT, segalanya adalah tidak mustahil. Dunia kini semakin global dan terbuka. Buka Menu dan Buatlah Pilihan Anda.

Kejap, sebelum habis bebelan kali ini. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

No comments:

Post a Comment