Wednesday, September 24, 2014

Kunci BabyZ Abah Hilang?

Assalamualaikum WBT. Bagaimana kalau kunci motor kita hilang, atau kita tak sedar yang kita tertinggal kunci motor kita dekat motor. Bila kita patah balik ke parking motor, kita dapati yang motor kita dah hilang. Tak dapat nak digambarkan perasaan waktu itu.

Motor BabyZ Abah

Sebelum Abah nak sambung cerita, marilah kita mulakan sesi bersama Abah ini dengan selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana kita sentiasa mendapat hadiah dan nikmat dariNya.

Ini cerita pagi tadi. Disebabkan hujan rahmat yang turun menyejukkan bumi KL ini, Abah pergi ke tempat kerja menggunakan aksesori tambahan iaitu baju hujan. Di atas faktor jalan yang licin dan kereta yang banyak di atas jalan, Abah menggunakan kelajuan yang agak berpatutan untuk menjaga keselamatan diri ini. Disebabkan pandu perlahan, Abah sampai agak lewat daripada biasa iaitu jam 7(sebenarnya masih awal sebab Abah masuk kerja pukul 7.30 pagi).

Ditengah kesibukan mengejar masa sambil melipat baju hujan yang dipakai tadi dan masa yang seakan-akan tiba-tiba memecut, dengan segeralah juga Abah sumbat baju hujan dalam beg dan terus naik ke pejabat untuk punch card. Aktiviti kerja seharian Abah pun bermula dengan sibuknya. Tepat jam 10 ketika Abah nak masuk mesyuarat, barulah Abah teringat akan status kunci motor. Raba-raba poket seluar, yang ada hanyalah kunci rumah. Apa lagi, kepanikan mula melanda sebab memang Abah akan letak kunci motor di dalam poket seluar dan hari ini ianya tiada.

Setelah bergegas ke parking motor untuk cari kunci takut-takut tertinggal di motor, Abah bergegas pula ke pejabat semula untuk cari kunci tersebut di dalam poket jaket motor. Masih juga tiada. Jeng Jeng Jeng. Setelah 15 minit berlalu dengan mesyuarat pun telah bermula, baru Abah terfikir yang kenapa kunci rumah yang sepatutnya berada di dalam beg galas berada di dalam poket seluar?

Fuhhhh! Perrrgh! Lega! Rupa-rupanya di dalam kekalutan pagi tadi Abah yang sepatutnya simpan kunci rumah di dalam beg galas telah tertukar dengan kunci motor. Selamat kunci dan motor Abah. Terkesan dari peristiwa ini, member Abah menyarankan Abah supaya membeli satu alat ni yang diberi nama Anti Lost Alarm. Kat bawah ni dia share link video pasal gajet ni.


Ada satu lagi yang best dan nampak hensem sikit kalau pakai macam video kat bawah ni.



Member Abah ni kalau korang nak tahu memang seorang pakar pencari barang di internet. Bila Abah tanya nak beli kat mana, dia cadang Abah beli kat Alarm Disc Lock PadLock di facebook ni. Harga yang mamat ni jual pun agak murah berbanding yang lain yang ada kat pasaran sekarang ni la. Siap ada jual macam-macam kunci yang ber alarm dan boleh pos lagi. Nak try beli satu la. Kalau korang berminat, korang check sendiri la akaun facebook dia tu ek. Sebut la yang korang dapat tau pasal benda ni dari AbahBZ ek. Manalah tau kut-kut dia boleh bagi diskaun ker?

Biar apapun yang kita lakukan dalam pekerjaan kita sehari-harian, biarlah kita sentiasa Istiqamah. Mulakan dengan Bismillah dan pasang niat kerana Allah SWT. In Shaa Allah berkat hidup kita. Ingat, Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

No comments:

Post a Comment