Wednesday, September 10, 2014

Sales 4 Gaza MARA

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam sejahtera kepada Nabi Muhammad SAW dan panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT.

Di tengah kesibukan kita hidup di bumi Allah yang bertuah ini janganlah kita lupa akan saudara kita yang sedang susah ditempat lain seperti di Palestin, Syria, Mesir dan lain-lain lagi. Hendaklah kita rapat sesama saudara Islam kita seperti ibarat cubit paha kiri terasa peha kanan.

Bersempena dengan kesengsaraan dan kesusahan yang dialami oleh Gaza akibat serangan tentera laknat Yahudi Israel, MARA mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan jualan amal MARA SALES 4 GAZA bagi mengutip dana dan seterusnya membantu meringankan penderitaan yang dialami oleh saudara Islam kita di Gaza. Jualan ini akan diadakan sehingga 12 september 2014. Jom ramai-ramai datang menyumbang dan memeriahkan suasana. 

Abah turut serta mengambil bahagian di dalam membantu menjayakan program ini. Semoga mereka yang menyumbang di dalam program amal ini beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah SWT. Diharapkan juga hidup mereka senantiasa dipermudahkan sepertimana niat kita untuk memudahkan orang lain.

Sekian dari Abah. Ride tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei ( Beramal )...Bukan Sekadar Blog Rider...








1 comment:

  1. Assalamualaikum, huda blogwalking dekat blog ni kejap ye.
    By the way terima kasih sebab share link blog awak dengan huda dalam status yang huda post dekat kelab blogger ben ashaari.
    Jom singgah ke blog mereka yang lain juga =D
    http://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/08/blog-walking-di-blog-mereka.html

    ReplyDelete