Monday, October 6, 2014

Tips Untuk Tangani Monday Blues

Assalamualaikum WBT, tentu kita semua biasa menghadapi apa yang biasanya dipanggil monday blues walaupun hari tersebut bukan hari isnin asalkan ianya adalah hari pertama berkerja di dalam minggu tersebut. Perkara ini juga terjadi kepada pelajar-pelajar yang ingin memulakan persekolahan pada hari pertama setelah berehat dihujung minggu. Fenomena atau tabiat ini berlaku adalah disebabkan kita telah melalui atau memenuhi masa lebih kurang 2 hari kita iaitu dengan berehat atau melakukan kerja-kerja selain dari kerja-kerja rutin yang biasa kita lakukan pada hari isnin hingga jumaat.



Kalau nak dinasihatkan secara profesional, kata mudahnya adalah "jangan nak mengada-ngada, pergi bersiap dan bekerja". Biar Abah beri tips secara santai dan mampu dilakukan oleh semua orang.


  1. TERUSKAN RUTIN ISNIN HINGGA JUMAAT ANDA PADA HUJUNG MINGGU
    Jika anda bangun jam 5.30 pagi pada hari isnin hingga jumaat, teruskan bangun pada waktu tersebut pada hari hujung minggu anda. Ingat! Rezeki akan datang lambat pada kita kalau bangun lambat. Lagi banyak ibadah selepas Subuh yang boleh kita buat sebab pada hari biasa kita akan sibuk bersiap untuk ke tempat kerja.
  2. LAKUKAN SENAMAN RINGKAS DI TEMPAT KERJA
    Ambil sedikit masa apabila tiba di tempat kerja anda untuk lakukan sedikit regangan dan senaman untuk membetulkan urat-urat anda. Dari segi Islam dan Sains, urat atau saluran darah ini mengalirkan darah yang juga membawa oksigen keseluruh badan kita. Pengagihan oksigen yang sekata keseluruh badan akan dapat mengelakkan kelesuan dan keletihan di samping dapat meningkatkan kesegaran badan.
  3. AMBIL SARAPAN YANG SIHAT DAN SEGAR
    Untuk hari pertama ini, cuma ambil sarapan yang kurang berminyak dan pedas. Paling ringkas pun bolehlah beri roti gardenia 70 sen pelbagai perisa tu dan minum air suam atau air kosong. Jangan tinggalkan sarapan pagi anda, sarapan penting untuk tenaga bagi hari tersebut.
  4. SOLAT DHUHA
    Lebih kurang antara jam 9.30 hingga 10 pagi, ambil sedikit masa anda untuk ambil air wuduk yang sempurna dan tunaikan solat dhuha 2 rakaat. Waktu ini anda akan dapat rasa lebih segar lagi berbanding awal pagi tadi. Jika anda ada lagi masa terluang, sambung pula dengan baca Al-Quran.
  5. JANGAN MAKAN BANYAK
    Bila dah tiba waktu makan tengahari, sekali lagi cuba elakkan makanan yang berminyak dan pedas dan yang paling penting adalah jangan ambil di dalam kuantiti yang banyak.
In Shaa Allah, Abah harap tips-tips ini akan sedikit sebanyak dapat membantu kta untuk menjadi Umat Islam yang berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Jom kongsi ramai-ramai. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

1 comment: