Thursday, September 11, 2014

5 Tips Untuk Bentuk Anak Soleh/Solehah

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Jangan lupa untuk kita senantiasa mengucap kalimah Alhamdulillah untuk menyatakan rasa kesyukuran kita terhadap segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Jangan sesekali kita tinggalkan solat kerana solat itu adalah tiang agama. Jika tiangnya tidak kukuh maka robohlah ia.


Untuk bacaan santai malam ini sebelum kita lelapkan mata, Abah nak kongsikan satu tazkirah yang Abah dengar pagi tadi mengenai cara untuk kita membentuk anak-anak yang soleh dan solehah. INGAT! Hanya ada 3 perkara sahaja yang boleh kita bawa setelah kita mati iaitu SEDEKAH JARIAH KITA, ILMU YANG DIMANFAATKAN dan DOA DARI ANAK YANG SOLEH.


Perasan tak perkara yang ketiga? Kita masih lagi ada masa dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak kita agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Kanak-kanak tidak berdosa untuk apa yang difahaminya kerana ibu bapa merekalah yang membentuk mereka samaada menjadi Islam, Yahudi, Majusi atau Nasrani. Kanak-kanak juga ibarat sehelai kain putih di mana kita sebagai ibu bapa yang akan mencorakkannya.


Berikut adalah 5 tips untuk kita amalkan agar Allah jadikan anak kita anak yang soleh dan solehah.

1. Ibu dan Bapa Yang Soleh & Solehah.
Ibu dan Bapa perlulah menjadi ibu dan bapa yang soleh dan solehah terlebih dahulu. Kita sebagai ibu bapa perlu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan mempertingkatkan lagi kualiti amal ibadat kita sehari-harian.

2. Berdoa
Sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah. Ketika di dalam sujud terakhir solat(dalam hati), selepas solat, ketika hujan lebat atau pada bila-bila masa sahaja. Doa biarlah beradab iaitu sekurang-kurangnya dalam keadaan bersih atau berwuduk, menghadap kiblat, menadah tangan dan sepenuh hati. Amalkanlah doa-doa yang telah diajarkan kepada kita atau berdoa sahaja dalam bahasa yang kita fahami kerana Allah Maha Pencipta. Allah SWT lah yang mencipta kita dan Allah SWT lah yang memahami kita.

3. Jangan Bertengkar
Sebagai ibu bapa, elakkan dari sebarang pergaduhan mahupun pertengkaran di dalam rumah apatah lagi di depan anak-anak kerana ia akan mewujudkan perasaan tidak tenteram dan tidak selamat di dalam fikiran anak-anak kita. Sentiasalah wujudkan suasana yang harmoni di dalam rumah.

4. Jauhi Maksiat
Ibu bapa hendaklah menjauhkan diri dari sebarang perkara-perkara yang fasik dan maksiat. Ini kerana dalam kita tidak sedar segala apa yang kita lakukan akan menjadi ikutan anak-anak kita jika tidak hari ini, mungkin esok.

5. Baca Al-Quran
Amalkanlah membaca Al-Quran. Bacaan yang dimaksudkan di sini adalah bukan setakat bacaan surah-surah lazim yang kita telah hafal. Tetapi hendaklah kita berusaha untuk secara berterusan membaca dan khatam Al-Quran serta belajar mendalami dan memahami maksud dan isi kandungan atau tafsir Al-Quran tersebut. Lebih elok lagi jika di baca bersama-sama suami, isteri dan anak-anak secara tadarus.

Maafkan dan betulkan Abah sekiranya terdapat salah dan silap di dalam penyampaian ilmu itu tadi kerana kemampuan Abah untuk mengingat hanyalah setakat ini sahaja. In Shaa Allah Abah akan terus belajar kerana ilmu itu penting. Sekian dulu dari AbahBZ.

Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal)...Bukan Sekadar Blog Rider...

6 comments:

  1. Assalamualaikum, huda singgah blogwalking sini. Maaf lambat blog walking dekat blog korang ye. Oh ye, apa - apa pun thanks tau sebab share link dengan huda dalam group fb #kelabbloggerbenashaari.
    Huda dah senaraikan link blog awak dalam entry blog walking dekat blog huda. Jemput singgah dan blogwalking juga ye dekat blog blogger lain,hehe =D
    http://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/08/blog-walking-di-blog-mereka.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq huda..in shaa allah abah akan blogwalking yang kat dlm list tu..tq

      Delete
  2. as salam tuan tanah.. tahniah anda ada blog yang banyak info.
    jemput blogworking

    www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum...entri yg sangat ringkas dan bmanfaat. trm ksh tuan blog. in sha Allah zyla sbgai ank akan trus berdoa dan perbaiki diri utk menjadi ank yg solehah spya nanti msh blh berbaktii utk parents walaupun mereka sdh kmbli kpdNYA. :).. jemput singgah ke blog zyla.. http://terjemahanhati8.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsikan...insyaAllah...kita mampu untuk mendidik dengan baik..

    ReplyDelete