Saturday, August 30, 2014

Bagaimana Mencari Device Atau Handphone Android Yang Hilang?

Assalamualaikum WBT, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Syukur ke Hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada kita. Jangan pernah kita berpaling dari mengingatiNya kerana jika Allah SWT berpaling dari kita, maka celakalah kita.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia kita yang tercinta yang ke 57. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, itulah tema kemerdekaan untuk tahun ini. Merdekakah kita? Tepuk dada dan tanya pada diri sendiri. Mungkin next post abah adalah berkaitan dengan Hari Merdeka sebab untuk pengetahuan semua, abah ni anak merdeka. 

Di hari ini, abah nak berkongsi satu tips untuk kegunaan kita semua yang menggunakan peranti berasaskan android. Bagaimana kalau handphone android anda hilang? Atau tablet android anda hilang? Ini adalah salah satu cara untuk mengesannya. Jika sebelum ini pengguna-pengguna IOS berasa lega kerana mereka mempunyai aplikasi untuk mengesan di manakah peranti IOS mereka jika hilang. Kini pengguna-pengguna peranti berasaskan android boleh menarik nafas lega kerana kita juga boleh mencari, mengunci atau memadam segala isi dan tetapan yang ada di dalam peranti android kita.

Berikut biar abah cerita caranya. Buka pelayar internet anda atau browser internet anda. Dalam kes abah ni, abah guna chrome sebab mudah kalau nak google dan ianya agak ringan berbanding pelayar atau browser lain. Taip atau cari "ANDROID DEVICE MANAGER" menggunakan google seperti rajah di bawah.


Setelah dapat hasil carian seperti di bawah, sila klik pada pautan yang abah dah bulatkan dengan bulatan merah tu ataupun anda boleh klik pada LINK INI untuk shortcut terus ke web berkenaan. Abah tak taip linknya kat sini takut korang pening nak taip semula. Cuma klik jer link di atas atau ikut cara yang abah dah bagitau tadi..


Anda perlu masukkan ID google yang anda gunakan semasa anda daftar peranti android anda. Selalunya ID yang biasa digunakan adalah ID emel anda. Daftar masuk atau Sign In dan anda akan di bawa masuk ke antaramuka atau interface pada rajah berikut.


Mudah bukan? Jika anda lihat pada antaramuka yang berlatarbelakangkan peta ini, terdapat satu kotak yang memaparkan model telefon anda beserta dengan fungsi pilihan iaitu samaada anda hendak membunyikan peranti anda atau Ring your device, Kunci dan padam segala tetapan yang ada di dalam peranti anda atau enable lock and erase dan akhir sekali adalah fungsi untuk lokasi peranti anda atau locate your device. Kotak ni ada di sebelah atas kiri peta tersebut.


Untuk pengetahuan semua, peranti anda hendaklah diaktifkan GPS atau LOCATION nya sebelum fungsi-fungsi ini boleh dimanfaatkan. Abah sarankan kita ON kan sahaja fungsi tersebut sepanjang masa untuk kemudahan kita dikemudian hari. Antara fungsi yang abah dah test adalah fungsi ring yang akan membunyikan telefon kita di mana kegunaannya adalah apabila kita terlupa di mana kita letak peranti kita. fungsi locate juga tidak kurang hebatnya apabila kita boleh melihat di mana lokasi peranti kita berada iaitu di dalam satu radius kawasan di atas peta dan kita boleh mengesannya sekiranya kita hendak mencari peranti kita yang hilang atau dicuri.

Apapun, sekian dulu untuk tips dan panduan dari abah. Korang cubalah sendiri ek. Ride Tu Ride Jugak, Jangan Lupa Beramei(Beramal), Bukan Sekadar Blog Rider...

2 comments: